Legasi raja dadah berterusan sehingga kini dan ia dilihatkan semakin menggila. 

Dan yang terbaru, seorang lelaki bernama Tse Chi Lop, yang didakwa memimpin salah satu emapayar dadah terbesar di dunia telah ditangkap di Belanda dengan waran yang dikeluarkan oleh Australia.

Tse yang berusia 56 tahun dipercayai mengetuai organisasi jenayah yang dipanggail sebagai "The Company" dan juga dikenali sebagai Sam Gor Syndicate, yang menguasai perdagangan dadah Asia Pasifik bernilai RM280 bilion setahun

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sam Gor adalah gelaran bagi Tse yang membawa maksud "Abang Nombor Tiga" dalam bahasa Kantonis.

Siapa sebenarnya Tse Chi Lop?

siapa sebenarnya tse chi lop

Dilahirkan di Wilayah Guangzhong, China, Tse menyertai Big Circle Gang, yang ditubuhkan oleh Red Guards (gerakan sosial paramiliter pimpinan pelajar yang digerakkan dan dibimbing oleh Pengerusi Mao Zedong pada tahun 1966 hingga 1967) yang marah dan tidak puas hati penghujung hujung Revolusi Kebudayaan negara itu.

Dia kemudiannya berhijrah ke Kanada dan tinggal di Toronto. Dia dijatuhi hukuman 9 tahun penjara di Amerika Syarikat selepas mengaku bersalah menyeludup dadah pada tahun 2000.

Selepas dibebaskan pada tahun 2006, dia dikatakan berpindah dan tinggal di Macau, Hong Kong dan Taiwan, lokasi di mana dia menjalankan operasi dadahnya.

Namun, namanya tidak diketahui umum sehinggalah siasatan oleh Reuters yang diterbitkan pada tahun 2019 mendedahkannya.

Sumber polis mengatakan bahawa sindiket dadah Tse dibentuk setelah perjanjian damai dibuat antara lima kumpulan penjenayah Asia iaitu geng Big Circle Gang, geng  14K, gengWo Shing Wo dari Hong Kong, geng Sun Yee On dari Macau, dan geng Bamboo Union dari Taiwan.

Pakatan ini mengakhiri persaingan sengit antara mereka dan ia juga membantu sindiket-sindiket ini memperoleh keuntungan yang dahsyat dari perniagaan dadah terlarang mereka.

Tse yang juga dipercayai menjadi tulang belakang kepada salah satu pasaran gelap dadah terbesar di dunia, dibandingkan dengan gangster Mexico Joaquin "El Chapo" Guzman dan juga raja dadah Colombia, Pablo Escobar.

pablo escobar raja dadah colombia

The Company banyak terlibat dalam perdagangan dadah jenis syabu dan heroin kristal, serta menjadi pemain utama dalam perdagangan MDMA global (juga dikenali sebagai ekstasi).

Sindeiket ini dituduh menghasilkan dadah sintetik di kawasan hutan di Myanmar yang tidak dikawal oleh polis, yang dikuasai oleh militia dan komander perang.

Dari sini, The Company dipercayai memindahkan dadah ke pasar berdekatan di Bangkok, dan juga menyeludup jauh sehingga ke Jepun dan Australia.

Menurut Polis Persekutuan Australia (AFP), kartel Tse dipercayai bertanggungjawab ke atas 70% dari semua dadah haram yang memasuki negara itu.

Berdasarkan penyelidikan Reuters 2019 ke atas Tse dan anggaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rangkaian dadahnya yang tersangat luas telah menjana sehingga RM68.7 bilion pada tahun 2018, dan jumlah ini hanyalah dari penjualan syabu sahaja. 

dadah syabu

Sebagai perbandingan, di kemuncak kehebatan kartel milik Pablo Escobar, raja dadah ini memperoleh RM1.7 bilion seminggu (RM3.9 bilion hari ini) yang menjadikannya sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia dengan kekayaan sekitar RM100 bilion (RM232 bilion hari ini).

Organisasi Tse ini dipercayai mencuci sebahagian besar hasil haramnya melalui kasino di Asia Tenggara yang tidak dikawal selia dengan baik.

Dalam satu kenyataan, AFP memberitahu: "Sindiket ini mensasarkan Australia selama beberapa tahun, mengimport dan mengedar sejumlah besar dadah haram, mencuci keuntungan di luar negeri dan hidup mewah dengan kekayaan yang diperoleh dari jenayah,".

Pada tahun 2019, Tse berada dalam persembunyian di Taiwan setelah mengetahui penyiasatan antarabangsa telah dilancarkan terhadapnya dan The Company. utama terhadapnya dan 'The Company'.

China dan Australia telah mengeluarkan waran untuk penangkapannya, tetapi kedua-dua negara ini tidak memiliki perjanjian ekstradisi dengan Taiwan, yang mana menyukarkan proses untuk menahannya.

tse chi lop ditangkap di lapangan terbang antarabangsa schipol amsterdam

Laporan BBC melaporkan bahawa AFP telah menghabiskan masa selama 10 tahun dalam usaha mengesan Tse sebelum berjaya menangkapnya di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, di mana dia sedang cuba untuk pergi ke Kanada.

Penangkapan Tse ini terbukti sangat berguna bagi AFP, yang pada ketika ini sedang berusaha mengekstradisinya ke Australia untuk dihadapkan ke mahkamah. 

Polis Belanda bertindak di atas permintaan oleh AFP, setelah waran tangkap dan pemberitahuan Interpol Red Diffusion dikeluarkan.

"Dia sememangnya sudah berada dalam senarai yang paling dikehendaki dan ditahan berdasarkan maklumat yang kami terima," kata jurucakap polis Belanda, Thomas Aling.

Usaha untuk menangkap Tse ini dikenali sebagai Operasi Kunger, di mana sekitar 20 agensi dari seluruh dunia mengambil bahagian.

Walaupun AFP belum menyatakan dengan tepat apa tuduhan yang dihadapi Tse setelah diekstradisi, raja dadah Asia Pasifik ini terlibat dalam sekurang-kurangnya 13 penyeludupan dadah ke Australia.

Masih tidak jelas sama ada penangkapan Tse ini akan mempengaruhi perdagangan dadah di Asia Pasifik dan walaupun ketika Tse dalam persembunyian, sindiket dadahnya masih beroperasi seperti biasa.

Malah, menurut sumber polis dan Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), pandemik COVID-19 sendiri langsung tidak memberikan sebarang kesan terhadap perdagangan dadah di rantau ini.

Rujukan:

1. BBC

2. Indian Express

3. Reuters




Hakcipta iluminasi.com (2017)