Oleh pada 24 Jul 2018 kategori

peluk ifa raziah ini kenyataan boy iman 1

Kredit foto: Instagram Boy Iman

Pelakon Noruliman A Rahman akui dia mempunyai sebab mengapa bertindak memeluk penyanyi Ifa Raziah dalam sebuah foto yang dirakam.

Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman, 38, menjelaskan, ia berpunca daripada bentuk tubuh terkini penyanyi dangdut itu yang dikatakan sudah langsing, termasuk busana yang diperagakannya disifatkan menawan.

"Bersama kakak saya, Diva Puk Puk Puk @ifa_raziah. Meletop baju hari ini jadi pengacara.

"Peluk tu bukan apa.. nak tunjuk tiga perkara, satu perkara dia dah kurus. Perkara kedua sebab baju dia cantik sangat," tulisnya dalam sebuah kiriman Instragram.

Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties bagaimanapun berkata, hubungan mereka tidak ubah umpama adik dan kakak kerana dirinya begitu menyayangi artis versatil itu.

peluk ifa raziah ini kenyataan boy iman 2

Kredit foto: Instagram Boy Iman

"Perkara ketiga pula nak beritahu dia yang kita sayang dia dan anggap dia macam kakak kita sampai bila-bila," katanya.

Status itu meskipun sudah disertakan penjelasan, namun menimbulkan kemarahan netizen kerana aksi dipaparkan tetap dianggap keterlaluan.

Apatah lagi kedua-dua selebriti yang sering menjadi topik bualan hangat ini, masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

"Astagfirullahalazim. Itu isteri orang, haram peluk-peluk. Niat tidak menghalalkan cara. Anggap sebagai kakak tidak menghalalkan untuk peluk-peluk suka hati.

"Haram tetap haram. Tak kisah lah bersebab ke apa. Hukum jangan buat main.

"Peluk bukan muhrim masih dosa. Hukum Allah tak boleh tukar.

"Mana boleh peluk isteri orang. Kalau macam itu isteri awak pun orang lain boleh peluk lah kan?" komen beberapa netizen. 


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)