Oleh pada 07 Apr 2018 kategori

universiti malaya nafi status pengajiannya ini komen boy iman 1

Kredit foto: Instagram Boy Iman

Pelakon dan usahawan sensasi, Datuk Noruliman Abdul Rahman atau Boy Iman terus berteka-teki dengan kontroversi status pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Malaya (UM) yang dipertikaikan umum.

Isu itu menjadi topik hangat apabila Boy Iman berkongsi foto yang memperlihatkan kad pelajar berserta namanya dan logo UM serta buku penyelidikan universiti itu menerusi kiriman di laman sosial.

Namun ia disangkal oleh pihak UM melalui kenyataan rasmi tentang penafian dirinya sebagai calon Doktor Falsafah di universiti tersebut.

Akui tidak dapat menghentikan 'cakap-cakap' orang, Boy Iman berkata, dia hanya menunggu masa untuk membuktikan kebenaran.

universiti malaya nafi status pengajiannya ini komen boy iman 2

Kredit foto: Facebook Universiti Malaya

"Kalau saya komen, orang kata saya putar belit kenyataan. Saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Biarlah masa menentukan. Dalam enam bulan akan datang, kebenaran akan timbul," katanya kepada portal Harian Metro.

Katanya lagi, niatnya memiliki ijazah Doktor Falsafah adalah sebagai mengiktiraf kariernya dalam bidang yang diceburi, seumpama ahli perniagaan yang lain.

"Saya ingin mengikut jejak ahli perniagaan lain yang mempunyai pengiktirafan dalam bidang mereka.

"Sebenarnya, saya sudah lali dengan kecaman netizen kerana sejak dari dulu, saya dituduh macam-macam," katanya.

Semalam, UM mempertikaikan status pendaftaran Boy Iman sebagai calon Doktor Falsafah menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook.

"UM ingin menarik perhatian berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

"Pihak UM membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM," katanya.

Sebelum ini, bekas aktor yang juga merupakan Pengarah Urusan DBI Properties itu direman untuk siasatan lanjut berkenaan kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)