Kredit foto: Instagram Ifa Raziah
Sebuah video yang memaparkan penyanyi Ifa Raziah rebah di set penggambaran menjadi tular di laman sosial.
Difahamkan, ketika itu Ifa berada dalam keadaan tidak sihat dan demam, namun terpaksa memenuhi tuntutan jadual kerjanya untuk beraksi dalam sebuah penggambaran video muzik.
Berdasarkan rakaman selama seminit itu, kelihatan suami Ifa iaitu Mohd Yani berada dalam keadaan panik sambil Ifa terkulai lemah dalam rangkulannya.
Malah beberapa rakan artis yang berada di situ termasuk penyanyi dangdut Ani Mayuni dan Sheeda turut berasa gusar dan hilang punca.
Keadaan terkini Ifa masih menjadi tanda tanya ramai.
Namun dalam sebuah kenyataannya, akhirnya Ifa menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Dedah Ifa, apa yang dilihat ramai dalam video itu sebenarnya hanyalah 'lakonan' semata-mata. Ia adalah kejutan hari lahir buat suaminya.
Kredit foto: Instagram Ifa Raziah
Jujur saya memang terlupa hari jadi suami sendiri dek terlalu sibuk dengan kerja, nasib baik pembantu saya ingatkan. Saya ingin berikan kejutan kepadanya dan dua rakan baik saya iaitu Ani Mayuni dan Sheeda memberikan idea agar saya buat-buat pengsan ketika penggambaran untuk kenakan suami. Memang dia gelabah apabila melihat saya rebah dan ketika itulah rakan-rakan lain membawa keluar kek untuk meraikan hari jadinya. Jadual saya memang padat sejak beberapa bulan ini dan menyebabkan saya demam dan batuk kerana tidak cukup tidur. Ini pun saya masih tidak sihat tetapi tetap perlu bekerja dan perlu gagahkan diri malah kini berada di Pulau Pinang untuk sebuah acara. Sebelum ini saya memang tidak pernah pengsan dan apabila suami melihat saya rebah dia benar-benar gelabah dan hampir menangis.
Sumber: Mstar