Kredit foto: Youtube DBI Entertainment Sdn Bhd

Seringkali dihentam, aktor dan usahawan Dato’ Dr Norul Iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman kembali mencuri tumpuan menerusi penerbitan single terbarunya berjudul #MalasNakLayan.

Dalam tempoh tiga hari dimuat naik di laman Youtube, video muzik lagu itu sehingga kini telah meraih hampir 30,000 tontonan.

Difahamkan, lirik lagu tersebut dilihamkan atas kecaman netizen yang tidak henti-henti terhadap usahawan sensasi ini.

Tidak hanya itu, gambaran lirik berkenaan divisualkan dalam sebuah video muzik yang mencuit hati - turut memaparkan karakter Power Rangers sedang menari dan memandu kereta mewah!

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim itu sehingga kini mendapat lebih 200 likes dan 3,000 dislikes daripada pelayar.

Membawa tema muzik dan lirik catchy ala lagu-lagu zaman kegemilangan kumpulan KRU suatu ketika dahulu, lagu ini dijangkakan bakal mencuri hati pendengar selepas fenomena karya Edry yang terdahulu, Abang Nak Tegur.




Hakcipta iluminasi.com (2017)