Kredit foto: artisbuzz.com
Ifa Raziah yang manis bertudung ketika ditemui pada majlis Mood Republik baru-baru ini mendedahkan hasratnya yang sekian lama ingin tampil berhijab.
Bagaimanapun, Ifa enggan berbuat demikian atas alasan untuk menunjuk-nunjuk dan tanpa keikhlasan hati. Ifa berharap para peminatnya dapat mendoakan agar suatu hari nanti dia diberi hidayah untuk tampil berhijab terus dan berkekalan.
Doakan yang baik-baik. Saya memang sudah lama nak tampil berhijab, namun bagi saya apabila sudah bertudung saya perlu bertanggungjawab dalam semua aspek pemakaian. Saya tidak mahu dilabel hipokrit atau mencari publisiti dengan menggunakan agama. Biarlah keputusan berhijab hadir secara ikhlas dan diharap berkekalan.
Sumber: Harian Metro
Sememangnya perubahan memerlukan masa dan keikhlasan. Kami doakan semoga hasrat Ifa untuk tampil berhijab suatu hari nanti akan terlaksana.