Kredit foto: Instagram Boy Iman

Selepas Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat, kini giliran ahli perniagaan Datuk Boy Iman pula mencuba nasib sebagai penyanyi.

Usahawan sensasi yang juga bekas aktor itu berkata, dia tidak sabar hendak melancarkan single pertamanya yang diberi judul #MalasNakLayan.

"Tak sabar nak lancarkan single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan," tulis Boy menerusi entri di akaun Instagram.

Katanya, penerbitan single itu adalah susulan 'musibah' yang berlaku kepadanya sebelum ini.

Malah ia ditujukan khas buat netizen, sama ada yang menyokong mahupun yang membencinya.

"Dibuat khas selepas berlakunya 'musibah' pada diri saya.

"Untuk semua yang yang menyokong dan haters saya," katanya.

Menurutnya lagi, melodi lagu itu diilhamkan oleh komposer ternama, Edry Abdul Halim. Manakala lirik pula hasil tulisan bersama oleh Edry, DBI Entertainment Sdn Bhd dan Becky.

Diterbitkan oleh syarikatnya, DBI Entertainment Sdn Bhd.

"Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry, DBI dan Becky. Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd," katanya lagi. 

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)