Oleh pada 07 Jan 2018 kategori

roslan shah sumpah anak lelaki ifa raziah 1

Kredit foto: Instagram Jambu Batu Online

Penyanyi, Ifa Raziah, berasa sebak apabila anak dan suaminya diburuk-burukkan oleh penyanyi dari Singapura, Roslan Shah.

Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 43, berkata dia terkejut dengan Roslan yang sanggup bertindak sejauh itu walaupun selama ini dia sering mendiamkan diri ketika difitnah penyanyi berkenaan. 

“Dia melampau dan biadab apabila mula mengaitkan suami dan anak saya dalam persengketaan kami. Selama 10 bulan saya mendiamkan diri tetapi apabila dia fitnah saya sehingga menyebabkan suami salah faham, itu melampau!" ujarnya kepada portal Astro Gempak.

Ifa berkata, Roslan turut menyumpah anak lelakinya menjadi 'pondan' apabila dewasa kelak.

“Satu lagi yang buat saya terkilan apabila dia turut menyumpah anak lelaki saya, Shakir Aqili, membesar sebagai pondan.

“Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?" katanya.

Ekoran itu, anak Ifa itu dikatakan terlalu sedih hingga demam sewaktu menyaksikan video secara langsung yang dibuat Roslan.

roslan shah sumpah anak lelaki ifa raziah 2

Kredit foto: Instagram Ifa Raziah

“Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan,” kata Ifa sambil menyeka air mata.

Mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap Roslan, Ifa menegaskan tidak akan memaafkan penyanyi itu walaupun mereka kerap bergaduh dan berbaik sebelum ini.

“Ya, kalau sebelum ini bergaduh dan kemudiannya berbaik, kali ini tidak. Saya tidak akan maafkan orang yang hampir meruntuhkan rumah tangga saya.

“Kenapa perlu dia kaitkan saya dengan aktor tersebut? Fitnah apa yang dia cuba lemparkan? Kalau pemikiran saya ini sama level dengan dia, saya dah dedahkan semua aib dia seperti yang dia lakukan terhadap saya.

“Tetapi saya tidak mahu downgrade diri saya dengan melakukan perkara sama kerana tidak perlu saya buka aib orang lain,” katanya.

Menjawab pertanyaan tentang punca pergaduhan mereka, Ifa berkata segalanya bermula sewaktu mereka sama-sama menjayakan sebuah ekspo di Singapura.

“Tidak perlu saya dedahkan satu-satu apa yang berlaku, kalau dia dipihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

“Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri,” katanya.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)