Oleh pada 29 Jun 2018 kategori

ifa raziah mahu haqiem rusli minta maaf 1

Kredit foto: Instagram Ifa Raziah & Instagram Haqiem Rusli

"Mungkin gimik mungkin tidak, sebab dia nak mengeluarkan single terbaharu selepas raya".

Demikian ulasan penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah, mengenai keputusan Haqiem Rusli yang mahu berhenti daripada dunia nyanyian.

Namun, Ifa yang berpengalaman luas dalam industri seni suara menasihatkan agar Haqiem cekal menghadapi rintangan memandangkan dia punya bakat yang besar.

"Cuma sebagai nasihat daripada saya, Haqiem kena teruskan kerana berbakat besar.

"Sebenarnya nak menjadi anak seni kita kena kuat berdepan dengan cabaran yang dihadapi. Emosi dan mental kena kuat.

"Jadi Haqiem kena kuatkan semangat, jangan sia-siakan bakat yang ada, sayang. Teruskanlah perjuangan," tegasnya memetik laporan Sinar Harian.

Sementelah anak muda itu juga mampu mengilhamkan karya yang baik, Ifa berharap, jika sekalipun mahu berundur Haqiem dapat menyalurkan kualiti yang ada sebagai pekerja belakang tabir.

ifa raziah mahu haqiem rusli minta maaf 2

Kredit foto: Instagram Ifa Raziah

"Mungkin boleh stop singing on stage tetapi teruskan berkarya hasilkan lagu-lagu untuk penyanyi lain. Masing-masing ada bakat yang ALLAH kurniakan," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Gemerincing Rindu itu mahu Haqiem merendahkan diri untuk memohon maaf sekiranya ada perbuatannya yang menyinggung mana-mana pihak.

"Andai Haqiem ada menyakiti hati orang lain secara sengaja ataupun tidak, minta maaf sahajalah tak ada ruginya," katanya.

Sebelum ini, gempar kononnya pemenang ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) itu bakal meninggalkan industri muzik tanah air, rentetan pengakuannya yang mendakwa mengalami kemurungan kerana gejala buli siber.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)