pelawak jihan muse masuk hospital jalani pembedahan 1

Kredit foto: Facebook Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak

Baru sahaja menerima berita gembira apabila muzik video parodinya menjadi trending di laman Youtube, pelawak Jihan Muse terpaksa berhadapan dengan sebuah pembedahan di hospital.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Penolong Penerbit Program Hiburan MeleTop, Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak menerusi laman Facebook.

Difahamkan, Jihan menjalani pembedahan untuk membuang apendiks.

pelawak jihan muse masuk hospital jalani pembedahan 2

pelawak jihan muse masuk hospital jalani pembedahan 3

Kredit foto: Facebook Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak

Penangan trending nombor satu terus masuk hospital pembedahan apendiks. Kasihannya akak Jihan Muse. Semoga cepat sembuh ya.

Terdahulu, muzik video parodi MeleTop "I Am Me" lakonan Jihan dan Bell Ngasri mendapat perkongsian meluas di media sosial, juga menjadi trending di Youtube.

Kami doakan semoga pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan Jihan akan kembali sembuh seperti sediakala. 


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)