Oleh pada 15 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram @aqoimran , Forum Cari & encikshino.com

Penyanyi Shila Amzah menjelaskan, kenyataan Jihan Muse dalam laman Twitternya sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan Fattah Amin sebagaimana yang didakwa ramai.

Sebelum ini, Jihan mendapat perhatian di laman mikro itu kerana menyelar tindakan seorang aktor yang disifatkannya tidak bertanggungjawab hingga menyusahkan orang lain.

Kenyataan berbaur sinis itu meskipun tidak dinyatakan kepada siapa, namun netizen mendakwa ia mempunyai kaitan dengan insiden Fattah yang menarik diri daripada program Meletop pada Selasa.

Jelas Shila, "Hello semua. Untuk pengetahuan anda, sahabat baik saya, Jihan Muse tidak bercakap tentang Fattah Amin. Boleh tak anda semua berhenti membuat dakwaan.

"Dia mengandung dan dia bercerita tentang seseorang yang bekerja dengannya. Ianya tidak ada kena mengena dengan Fattah. Saya pula tidaklah berpihak kepada sesiapa."

Shila yang membuat kenyataan di Instagram Story itu mendedahkan, dia baru sahaja berbual dengan Jihan untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu itu.

"Ia bukanlah tentang dia (Fattah). Saya tahu sebab kami baru lepas bercakap tentang perkara ini. Siapa yang mulakan api, silalah berhenti. Sebab inilah yang syaitan nak, melihat kita berbalah begini. Tak bagus," pinta Shila.

Sebagai kawan rapat, dia akui hatinya terobek melihat Jihan diperlakukan sedemikian rupa.

"Lihat orang komen tentang Jihan Muse buat saya marah."

Nasihatnya, agar perbalahan di media sosial itu dihentikan dengan kadar segera kerana peminat tidak menyedari bagaimana keadaannya apabila terkena pada tuan punya badan.

"Mengata di belakang ini memang perlu dihentikan serta-merta. Perkara tak kena pada batang hidung sendiri.

"Apa sahaja jenis komen boleh kita tulis di media sosial. Bidang hiburan ini memang banyak ragam dia," dedah Shila. 

jihan muse dikatakan perli fattah shila amzah tampil buat pendedahan 2

Kredit foto: Beritamemey




Hakcipta iluminasi.com (2017)