Kredit foto: Instagram Jihan Muse

Pelawak Jihan Muse, 35, yang juga isteri kepada aktor Ungku Hariz Faizal, 32, selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki di DEMC Specialist, Shah Alam, dalam lingkungan jam 10.15 malam tadi.

Bayi seberat 3.85kg itu dilahirkan secara pembedahan dan berada dalam keadaan sihat.

Susulan itu, Jihan akan mengambil tempoh dua bulan berehat daripada aktiviti seni untuk menjalani proses berpantang dan memberi fokus kepada keluarganya.

Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada Mac 2016 dalam majlis sederhana yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam.

Dalam perkembangan lain, peminat boleh menyaksikan aktiviti Jihan dan suami sepanjang tempoh kehamilannya berusia 31 hingga bersalin dalam rancangan Vlog Mommy Jihan, ke udara setiap Isnin dan Selasa, jam 10.55 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)