teka teki jantina anak jihan muse terlerai 1

Kredit foto: Instagram @aqoimran

Sekian lama menjadi tanda tanya, akhirnya jantina anak pertama pelawak Jihan Muse dan Ungku Hariz terjawab apabila mereka disahkan bakal menerima cahaya mata lelaki.

Pengumuman secara langsung menerusi aplikasi ‘facetime’ itu dibuat oleh Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Dr. Norleen Mohd Salleh.

"Tiga hari lalu saya dah lihat gambar imbasan yang menampakkan seperti turtle.

“Alhamdulillah, secara rasmi Jihan dan Ungku bakal menimang bayi lelaki,” dedah Norleen.

Sementara itu, kata Jihan, 34, yang mula mencipta populariti menerusi rancangan pencarian bakat komedi, Raja Lawak ini, beliau dijangka bersalin pada awal Januari 2018, walaupun ada kemungkinan bayi itu lahir lebih awal.

Jihan bagaimanapun memberitahu, dirinya sukakan kejutan dan sebelum ini enggan mengambil tahu jantina cahaya mata itu. 

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada awal Januari tapi takut bersalin awal pula. Sebab perut saya sudah besar.

“Pada awalnya saya tak nak tahu apa jantina bayi kami sebab tak nak kecewa. Bila dah tahu lelaki kang tiba-tiba keluar perempuan.

“Lagipun, saya suka kejutan. Tapi bila nak buat persiapan dan beli barang, hujung-hujung ni kenalah tahu juga,” luah Jihan.

Jihan membuat kenyataan tersebut sewaktu hadir bersama Ungku di sidang media program Hi Mommy Jihan! dan majlis baby shower yang berlangsung di Sanggul Restauran, Kuala Lumpur, hari ini.

teka teki jantina anak jihan muse terlerai 2

Kredit foto: Instagram @aqoimran

Membawa tema ‘bohemian’, majlis itu turut dimeriahkan dengan kemunculan rakan selebriti, antaranya Nad Zainal, Fara Fauzana, isteri kepada Nabil, Zira dan Mark Adam.

Jihan mendirikan rumah tangga dengan Ungku, 32, pada Mac 2016 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)