Kredit foto: Youtube Meletop

Pastinya sudah ramai yang sedar dengan punchline “Ada Nampak Mummy Happy?” yang menjadi tular dan ikutan netizen di laman sosial.

Komen tersebut asalnya daripada kritikan penyanyi Mas Idayu kepada Baby Shima dalam program realiti D’Academy Asia 3 yang berlangsung 12 November lalu.

Mulanya, komen panas Mas Idayu itu mengundang amarah netizen, sebelum akhirnya menjadi bahan jenaka selepas beberapa video parodi dibuat mengenainya.

Malah pelawak Jihan Muse tidak ketinggalan merakamkan video parodi aksi itu untuk siaran rancangan hiburan Meletop.

Rata-rata netizen tidak kering gusi melihat cara Jihan meniru gaya Mas Idayu memegang mikrofon dan mengajuk gaya bercakap penyanyi dangdut itu.

Malah Jihan turut memuat naik video berkenaan di laman Instagramnya dengan kapsyen yang menggelikan hati.

mummy tak nak shima senyum video parodi jihan raih tontonan 2

Kredit foto: Instagram Jihan Muse

“Mummy suruh potong bawang saja apa yang susah sangat??? Kak Rose ni sebenarnya jiran belakang rumah mummy saja. Dia memang suka menyibuk hal jiran-jiran. Sekadar hiburan semata. Semoga terhibur,” tulisnya.

Sehingga kini, video yang dikongsi di laman Youtube Meletop itu telah meraih lebih 360 ribu tontonan sejak dimuat naik pada Selasa!

Kepada anda yang masih belum menonton, di sini kami kongsikan videonya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)