Kredit foto: Instagram Jihan Muse

Melunaskan janji, hos dan pelawak, Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz menayangkan wajah putera kesayangan mereka, selepas lebih dua bulan proses berpantang.

Pasangan selebriti ini hadir membuat kemunculan bersama bayi comel itu dalam majlis Aqiqah dan cukur jambul yang diadakan semalam.

sebelum lebih dua bulan buat pertama kali jihan muse dedah wajah anak 2

Kredit foto: Instagram Jihan Muse

Turut hadir sebagai tetamu adalah kaum keluarga serta sahabat rapat kedua-duanya.

Dalam majlis sama, Jihan dan Ungku buat julung kalinya mengumumkan nama anak mereka, Ungku Arsalan Haq.

sebelum lebih dua bulan buat pertama kali jihan muse dedah wajah anak 3

Kredit foto: Instagram Jihan Muse

Sebelum ini, bayi itu digelarkan dengan jolokan nama 'Baby Ninja'.

Terdahulu, mereka memaklumkan wajah anak kecil itu hanya akan didedahkan ketika tibanya waktu yang sesuai iaitu pada hari majlis Aqiqahnya.

Pastinya pendedahan ini disambut riang oleh para peminat yang sering bertanyakan hal itu di media sosial, sejak kelahirannya pada 25 Januari lalu.

Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2017 selepas sembilan tahun berkawan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)