Oleh pada 14 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Jihan Muse & Instagram Era FM

Pelawak Jihan Muse menyelar tindakan seorang aktor yang disifatkannya tidak bertanggungjawab hingga menyusahkan orang lain.

Jihan atau nama penuhnya, Nur Jihan Musa, 34, berkata, dia yang sarat mengandung sekalipun tetap mengutamakan kerja atas rasa tanggungjawab.

"Aku sarat mengandungpun pergi juga kerja sebab fikirkan tanggungjawab.

"Hero yang tidak bertanggungjawab itu juga yang kamu semua simpan dalam industri. Kerana dia pula kerja kita disekat?

"Kenapalah makin kronik sangat dunia sekarang ini? 'Kipas' dapat apa? Aduhai Saleha," luahnya dalam kiriman di laman Twitter.

jihan muse sindir fattah 2

Kredit foto: Twitter Jihan Muse

Kenyataan berbaur sinis itu meskipun tidak dinyatakan kepada siapa, namun dipercayai ada kaitan dengan insiden Fattah yang menarik diri daripada program Meletop pada Selasa.

Netizen menerusi komen balas di laman mikro itu turut sependapat.

jihan muse sindir fattah 3

Kredit foto: Media Hiburan

Terdahulu, Fattah menjadi bualan hangat apabila dia membatalkan kemunculan di program Meletop pada saat-saat akhir kerana didakwa enggan berdepan bekas kekasihnya, Neelofa yang juga hos program berkenaan.

Susulan itu, Fattah teruk dihentam netizen di laman sosial kerana dianggap tidak profesional dan takut bertemu Neelofa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)