Oleh pada 07 Sep 2017 kategori

Sumber foto: siakapkeli.my

Pelakon veteran filem komedi yang dikenali sebagai Pak Jabit dilaporkan meninggal dunia di Lanchang, Pahang pada sekitar jam 7.10 pagi tadi. Berita sedih tersebut diberitahu oleh anaknya sendiri menerusi akaun Facebook yang dikendalinya.

pelakon komedi pak jabit disahkan meninggal dunia 1 672

Sumber foto: Facebook.com/ngah.kadir

Allahyarham Ngah Kadir dipercayai meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan di Lanchang. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Rantau Panjang, Lanchang selepas solat Zohor hari ini.

Untun makluman, nama panggilan Pak Jabit itu merupakan salah satu watak Allahyarham dalam filem 'Zombi Kampung Pisang' yang pernah popular pada tahun 2007. Selain itu, Allahyarham juga dikenali menerusi beberapa filem lain arahan Mamat Khalid seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)