kal penn kumar pelakon harold and kumar ganja

Kumar ataupun nama sebenarnya Kal Penn telah dinobatkan sebagai juara Masterchef Celebrity musim terbaru ini. Beliau telah memenangi wang tunai sebanyak AS $25,000.Derma Kal Penn itu disalurkan melalui Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dan UNRWA Amerika Syarikat. Katanya lagi, derma ini pasti amat bermakna buat mangsa konflik di Timur Tengah ini. Tambahnya lagi, dengan nilai yang disedekahkan itu, beliau mampu menampung kos makan dan minum untuk seribu orang selama setahun.

mat ganja malaysia stoner

Setakat ini beliau menyatakan bahawa beliau sangat berminat untuk memberi bantuan di Gaza dan Syria. Dan sebelum episod akhir Masterchef Celebrity, beliau telah menulis di twitter "harap-harap sayalah yang menang untuk memberi keperluan kepada pelarian di Syria".

Betapa besarnya jiwa Kal Penn. Mula dikenali sebagai 'mat ganja', kini sebagai hero penderma kepada pelarian Palestin. Yang paling penting, bantuan itu diberi tidak kira dari segi agama yang dianuti ataupun tidak. Salute!

kal penn kumar pemenang masterchef 2017

Diantara pencapaian terbaik Kal Penn selain dalam bidang lakonan, beliau pernah bekerja dalam pentadbiran Amerika Syarikat di zaman Barack Obama. Dan walaupun muka 'selenga' seperti 'mat dadah' beliau sebenarnya adalah pensyarah di Univerisit Pennsylvania.


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)