Banksy merupakan seorang artis grafiti dari England yang paling terkenal di dunia dengan karya berunsur sindiran dan memberi kesan mendalam kepada sesiapa yang melihat.

karya banksy sering mempunyai mesej yang deep

Walaupun nama beliau sering disebut-sebut di seluruh dunia, namun tiada siapa pun yang dapat merungkai identiti sebenar Banksy. Pelbagai spekulasi telah menular tetapi Banksy masih berjaya merahsiakan siapa dirinya yang sebenar sehingga ke hari ini.

antara karya banksy

Penglibatan Banksy dalam seni jalanan bermula dari zaman 90-an lagi. Banyak karya Banksy yang terjual dengan harga yang tinggi seperti karya bertajuk "Space Girl and Bird" ini yang telah mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga £288,000 (RM1.6 juta) pada tahun 2007.

karya bertajuk space girl and bird ini telah dijual pada harga ratusan ribu pound

Pada 2015, Banksy banyak menyumbangkan seninya ke arah kemanusiaan sejagat. Beliau telah membuat karya di serata Gaza dan juga Syria dengan menyampaikan mesej berat tentang keamanan.

karya lukisan banksy di gaza

Selain itu, dalam tahun yang sama, beliau telah membina sebuah 'taman tema' aneh yang dinamakan Dismaland. Sepanjang 5 minggu taman itu dibuka, 150,000 orang pengunjung telah sanggup beratur panjang untuk menyaksikan karya-karya ganjil, ngeri dan deep yang dihasilkan oleh 58 orang artis termasuk Banksy sendiri. 

Terbaru, Banksy telah membuka sebuah hotel di Bethlehem, Palestin yang dikatakan mempunyai "pemandangan paling teruk dalam dunia." Banksy telah menggunakan sumber kewangannya sendiri untuk membuka hotel ini yang mempunyai pemandangan tembok setinggi 30 kaki yang memisahkan Israel dan Palestin dari setiap bilik.

the walled off hotel dimiliki banksy ini dibina 4 meter dari tembok pemisah israel dan palestin

Hotel yang diberi nama The Walled Off Hotel ini mempunyai 10 bilik, termasuk sebuah suite presiden yang digambarkan sebagai "mempunyai segala apa yang diperlukan oleh seorang pemimpin korup."

mural askar israel dan pejuang palestin lawan pukul bantal pillow fight dalam salah satu bilik di hotel banksy

Salah satu bilik memperlihatkan karya Banksy yang memaparkan seorang tentera Israel dan pejuang Palestin berlawan pukul bantal.

Setiap bilik yang ditawarkan mempunyai feel dan tema tersendiri. Misalnya bilik yang diperbuat menggunakan bahan dan perabot 'buangan' tentera Israel ini disenaraikan sebagai bilik bajet pada kadar $30 semalam. Walaupun suasananya adalah seakan-akan kem askar dengan katil dua tingkat serta loker, namun ia masih kelihatan selesa.

bilik bajet di hotel banksy dengan suasana kem askar

Selain itu, Banksy juga akan menyediakan kedai yang digelar "Wall Mart" di mana ia menjual peralatan dan cat untuk grafiti bagi sesiapa yang berminat untuk melukis dan membuat karya di tembok pemisah itu.

karya dinding bilik hotel banksy yang menunjukkan breaking news dengan imej tv retak mempunyai mesej yang sungguh mendalam

Laman web hotel telah menyediakan senarai maklumat lengkap bagi mana-mana pengunjung yang berminat untuk datang ke Bethlehem. Untuk keterangan lanjut berkenaan tempat-tempat 'menarik' yang anda boleh pergi semasa menginap di sana, boleh layari laman web rasmi The Walled of Hotel.

Perlu diingatkan, sesiapa sahaja yang menginap dan didapati mencuri mana-mana hasil karya dari bilik hotel akan ditangkap dan dibawa terus ke pihak polis Ramallah. Lepas tu pandai-pandailah cari jalan keluar sendiri!


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)