Oleh pada 30 Mar 2017 kategori

Abad ini menyaksikan kegilaan manusia dari pelbagai lapisan masyarakat mula menggilai pakaian terpakai atau lebih mesra dengan panggilan 'bundle'. Jika dilihat daripada trend, ianya bagaikan pusingan roda apabila satu generasi itu mula menggayakan semula fesyen terdahulu yang pernah dipopularkan oleh generasi lepas.

Mungkin bagi kita yang tidak tahu menahu mengenai dunia bundle ini, menganggap ianya satu hobi pelik, mengumpul pakaian lusuh yang, tidak tahu dari mana sumbernya, dan dibeli dengan harga ratusan ringgit, hingga ada yang mencecah ribuan ringgit untuk sehelai baju kolar bulat yang kainnya agak nipis. Tetapi, bagi pengumpul pakaian bundle, ia ada nilai sentimental yang tersendiri kepada mereka sehinggakan mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memenuhkan koleksi di dalam almari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, bundle bukan sahaja lagi dijadikan hobi  ,tetapi ramai anak muda sudah mula menceburi bidang perniagaan bundle. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, perniagaan bundle kini dijadikan kerjaya bagi sesetengah anak muda yang begitu menjiwai dunia bundle. Selain dapat mengaut keuntungan lumayan, perniagaan ini juga memberikan kepuasan kepada meraka bilamana dapat menjual pakaian yang digilai ramai kepada pembeli, dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu, mereka dapat menambah kenalan-kenalan baharu, merapatkan hubungan silaturrahim diantara pengumpul- pengumpul pakaian vintaj dan ada juga  yang menukar pakaian bundle atas dasar suka sama suka. Tidak hairanlah , tapak perniagaan bundle itu meriah seperti pesta, kerana dikerumuni oleh pengumpul- pengumpul dari serata tempat. 

Barisan pengumpul  LEVI'S vintaj dari Jepun, Thailand dan Malaysia. Paling kanan ialah Cikgu Nasir (Malaysia) , memakai jeans Levi's Lot 501 tahun 1966, model pertama tanpa rivet.




Hakcipta iluminasi.com (2017)