Setiap kanak-kanak perempuan mesti memiliki sekurang-kurangnya satu anak patung didalam koleksi permainan mereka. Zaman sekarang ini pelbagai anak patung yang telah wujud dipasaran. Tetapi kalau sebut sahaja anak patung, mestilah kita terbayang Barbie. Memang nama Barbie itu sendiri sudah sinonim dengan anak patung.

Beberapa hari lepas, syarikat pengeluar Barbie, Mattel telah mendedahkan patung Barbie bertudung pertamanya di perhimpunan Glamour’s Women of the Year. Patung ini dijangka akan dipasarkan secara rasmi pada tahun 2018.

ibtihaj mohamad patung barbie pertama bertudung hijab

BESARKAN TEKS     A-  A+

Barbie bertudung ini diinspirasikan daripada pemain pedang Olimpik Amerika, Ibtihaj Mohamad yang merupakan seorang muslimah yang bertudung. Yang menariknya mengenai Barbie ini juga ialah ia merupakan sebahagian daripada koleksi Sheroes iaitu koleksi anak patung yang diinspirasikan daripada wanita yang hebat dan berjaya seperti ahli gimnastik Gabby Douglas dan pengarah filem terkemuka Ava Duvernay.

barbie koleksi sheroes

Pada tahun lalu, Barbie juga telah mengambil risiko untuk menghasilkan anak patung yang realistik. Yang dimaksudkan dengan realistik ialah anak patung yang berbadan sedikit gempal, pendek, mempunyai kecacatan dan sebagainya yang menyerupai kebanyakan wanita sebenar di luar sana.

perubahan ke atas patung barbie versi realistik

Kenapa perlu ada patung yang Bertudung dan Realistik?

Kita mungkin terlepas pandang, namun permainan kanak-kanak mempunyai pengaruh yang besar dalam hidup kita. Ada individu yang berusaha keras untuk menjadi seorang doktor hanya disebabkan dahulunya pernah bermain dengan anak patung Barbie doktor atau kit mainan doktor. Namun ada juga yang sanggup melakukan ratusan pembedahan sehingga membuang tulang rusuk untuk menyerupai anak patung Barbie.

ken doll dan barbie doll sebenar

Apabila dari seawal usia seorang kanak-kanak perempuan bermain dengan anak patung yang kurus, tinggi lampai, kulit cerah sempurna dan berambut perang, hal ini akan meninggalkan kesan dan brainwash mereka untuk merasakan yang untuk jadi cantik perlu jadi seperti Barbie.

Namun, realitinya tak semua perempuan tinggi lampai, kurus, berkulit cerah sempurna dan berambut perang.

Pada tahun 2006, soal selidik yang dijalankan di Amerika dan Britain menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan yang bermain dengan Barbie mempunyai harga diri yang rendah dan keinginan menjadi lebih kurus. Memang tiada salah untuk menjadi kurus, sebab imej kurus itu sentiasa dikaitkan dengan sihat, bukan?

Namun, tidak lama kemudian, satu lagi soal selidik di Amerika mendedahkan yang semakin ramai kanak-kanak dan remaja perempuan yang mempunyai eating disorder seperti Anoreksia dan Bulimia disebabkan mereka terlalu obses untuk menjadi sempurna seperti Barbie. Tidak kurang juga yang sanggup berhabisan duit untuk mempunyai kulit yang lebih cerah.

Siapa sangka benda sekecil anak patung juga mempunyai kesan yang sangat besar, bukan?

Oleh itu, apabila pengeluar anak patung Barbie menghasilkan patung yang bertudung ataupun berkulit gelap, ia menunjukkan usaha untuk memberikan imej yang lebih positif kenapa kanak-kanak. Ia juga secara tidak langsung membuktikan yang imej islam itu semakin diterima secara terbuka di barat. Bukankah ini merupakan berita baik?

Sumber:

  1. Barbie
  2. CNN dan CNN



Hakcipta iluminasi.com (2017)