Sesetengah orang menganggap mengumpul model kereta mainan HotWheels adalah hobi kanak-kanak, namun ianya bercanggahan dengan saudara Mazley Manap dan pasangannya. Bagi beliau, mengumpul kereta mainan HotWheels adalah satu kepuasan.
Hobi mengumpul kereta mainan tersebut bermula ketika beliau sudah meningkat dewasa dan sudah bekerja. Kemunculan forum internet sebagai salah satu platform perbincangan untuk para pengumpul bertukar pendapat,mencari dan menjual koleksi telah menyemarakkan lagi hobi tersebut. Bahkan ada yang sanggup membida pada harga tinggi untuk model kereta mainan yang "rare".
Pihak iluminasi berbesar hati dapat menemubual pasangan suami isteri yang memiliki hobi yang sama iaitu hobi mengumpul kereta mainan HotWheels. Ikuti temubual bersama Mazley Manap yang berkongsi hobi menarik ini bersama isterinya.
BESARKAN TEKS A- A+
S : Bagaimana boleh timbul minat terhadap hobi ini?
J : Sebenarnya dari kecil lagi sudah bermain dengan model kereta berskala 3 inci ini, namun saya tidak pasti model kereta yang saya bermain itu dari jenama apa. Model kereta itu pun sudah hilang yang pasti ia memang model diecast.
S : Apa keistimewaan model kereta hot wheels ini?
J : Bagi saya tiada apa-apa keistimewaan, cuma ia memberi kepuasan semata-mata terhadap diri sendiri. Disebabkan kerana minat pada model-model kereta yg dikeluarkan dan keunikannya menyebabkan saya menjadi salah seorang pengumpul.
S : Siapa yang memberi dorongan dan sokongan terhadap hobi ini?
J : Isteri saya yang banyak memberi dorongan kerana dia juga minat dalam mengumpul kereta model kecil ini.
S : Tentunya hobi ini memerlukan kos yang tinggi, Bagaimana anda mencari modal untuk membeli hot wheels dan berapa jumlah yang di beli anda?
J : Modal yang digunakan untuk membeli koleksi ini datang dari gaji bulanan saya. Saya akan asingkan sedikit gaji saya untuk membeli hot wheels. Jumlah pembelian dalam sebulan bergantung kepada faktor kekerapan dalam hunting (mencari) model kereta tersebut.
S: Tujuan mengumpul adalah untuk koleksi atau untuk menjual?
J: Dulu saya pernah menjual sekejap koleksi kereta hot wheels saya untuk menampung perbelanjaan hospital disebabkan saya mengalami slipdisc. Alhamdulillah, sekarang semua yang dibeli adalah untuk simpanan sendiri dan dikongsi bersama rakan-rakan.
S : Apakah model-model kereta yang menjadi rebutan pengumpul?
J : kebanyakan pengumpul menyimpan koleksi model dari Jepun. Sebagai contoh mereka akan mengumpul kereta dari jenama Honda,Datsun,Nissan dan lain-lain lagi. Bagi saya pula bukan untuk mengumpul model keluaran Jepun semata-mata tetapi apa yang menarik dimata saya, saya akan kumpul.
S : Pernah buat perjumpaan bersama pengumpul kereta hot wheels?
J : Ada, selalunya kami akan berjumpa sebulan sekali. Setelah berjumpa kami akan bertukar suka sama suka koleksi model-model tertentu.
S : Ada buat custom made untuk model hot wheels ini?
J : Sekarang saya tak buat custom made disebabkan saya mempunyai anak kecil. Saya tunggu anak saya membesar dulu disebabkan anak saya mempunyai G6PD dan tidak boleh menghidu bau aerosol.
S : Bagaimana hot wheels ini mengubah kehidupan anda?
J: Selain menjadi hobi bersama isteri, ikatan ukhwah sesama rakan-rakan pengumpul akan terjalin mesra dan juga persahabatan akan bertambah dari semasa ke semasa disebabkan mempunyai hobi yang sama.
Berdasarkan log mesej di atas, terbukti HotWheels mampu mengeratkan ukhuwah diantara suami dan isteri. Bagi anda yang juga pengumpul kereta mainan HotWheels, anda boleh mengikuti fb saudara Mazley Manap, mana tahu beliau mahu menjual model yang 'rare' dengan anda.