Oleh pada 03 Dec 2017 kategori

Percutian dan pengembaraan adalah satu cara hidup, hobi, seni dan juga boleh menjadi satu pekerjaan. Jika anda mencari tempat yang terbaik untuk menghasilkan gambar yang menarik, di sini disenaraikan beberapa tempat yang menjadi kegemaran para jurugambar serata dunia.

10. Étretat, Normandie, France

Terletak di persisiran pantai Perancis Utara dan terkenal dengan pemandangan tebing bukit yang sangat menarik. Bertahun lamanya, gerbang berbatu ini dilawati dan di jadikan lukisan oleh artis-artis seni seperti  Eugène BoudinGustave Courbet dan Claude Monet. Pada masa kini, lokasi yang mempunyai suasana yang sangat mengagumkan ini menarik minat ramai pelancong dan juga jurugambar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

etretat oleh jarrod castaing

9. Milford Sound, New Zealand

milford sound oleh soniel dalumpines

Milford Sound adalah salah satu tempat dengan alam semula jadi yang sangat mengujakan. Ia menjadi destinasi kegemaran pelancong di New Zealand dan diberikan penilaian yang tinggi oleh Rudyard Kipling, yang menggelarkannya sebagai Keajaiban Dunia Kelapan. Ia mempunyai dua air terjun - Lady Bowen Falls dan Stirling Falls, di samping beberapa air terjun sementara yang wujud selepas hujan lebat. Pengurusan pelancongan, khidmat dan servis yang disediakan adalah sangat baik di tempat yang menakjubkan ini.

milford sound oleh alok gohil

milford sound oleh michael thien

8. Munich, Germany

Ibu kota negara Bavaria ini merupakan salah satu kota paling indah di Jerman. Terletak di belakang Pergunungan Alps, ia menawarkan pelbagai tarikan: dari seni bina bersejarah dan muzium bertaraf dunia, kawasan kejiranan yang indah, bar dan juga restoran. Melalui perayaan bir tahunan Octoberfest sahaja mampu menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun!

munich1

munich3

munich2

7. Sungai Horseshoe Bend, Arizona, USA

Apa yang luar biasa tentang sungai yang melingkuk ini adalah anda boleh melihatnya dari atas tebing di sekelilingnya, kerana ia dikelilingi oleh bukit. Tidak perlu menaiki helikopter untuk melihat keindahan semulajadi ini. Dengan dilimpahi cahaya matahari, banyak gambar-gambar yang menarik telah dihasilkan oleh para pendaki. Lokasi yang sangat strategik untuk jurugambar yang gemar mengembara.

horseshoe 1

horseshoe 2

horseshoe oleh michael adonek

6. Tasik Moraine, Canada

Tasik yang sangat terkenal di dunia ini terletak di lembah Ten Peaks, berada di ketinggian 1,885 m (6,183 kaki) dari paras laut. Tasik Moraine terkenal dengan warna airnya yang kebiruan dan juga suasana sekeliling yang menakjubkan: gunung-gunung yang tinggi dengan puncak yang dilitupi salji mencetuskan suasana yang tenang. Banyak laluan pendaki di sana yang sentiasa dipenuhi pelancong dari serata dunia.

tasik moraine 1

tasik moraine 2

tasik moraine 3

5. Eilean Donan, Pulau Loch Duich, Scotland

Dibina pada abad ke-13, istana ini adalah kepunyaan Clan Mackenzie. Ia terdedah kepada banyak 'drama' perebutan hak milik dan akhirnya dimusnahkan sepenuhnya oleh Jacobites pada abad ke-18. Pemulihan istana ini bermula pada tahun 1919 dan siap pada 1932, menjadikannya salah satu daripada istana yang terkenal di Scotland pada masa kini.

eilean oleh sven broeckx

eilean oleh mark nicol

4. Menara Eiffel, Paris, France

Didirikan pada tahun 1889 untuk dipersembahkan pada pameran World's Fair, menara besi ini sebenarnya telah menerima banyak kritikan. Walaubagaimanapun, ia telah muncul sebagai mercu tanda kota Paris dan menjadi binaan yang sangat terkenal di dunia. Ia juga merupakan antara lokasi tumpuan utama dunia. Sehingga tahun 2010, ia telah dikunjungi oleh 250 juta pengunjung dari serata dunia, secara purata 7 juta pengunjung datang ke sini setiap tahun.

eiffel tower 1

effiel tower oleh mathieu rivrin

eiffel tower 2

3. Seni bina di Barcelona, Sepanyol

Arkitek genius- Antoni Gaudi - telah membentuk bandar di Catalan ini dengan kehalusan seni binanya yang menjadi faktir utama mengapa Barcelona begitu terkenal di kalangan pelancong. Gereja Sagrada Família, Casa Batlló, Park Güel dan karya-karya lain telah memberi impak besar kepada bidang seni bina pada hari ini.

barcelona 1

barcelona oleh fresh francis photography

barcelona 2

2. Lysefjorden, Norway

Seperti Étretat di Perancis, dengan tebing yang curam dan rata, pemandangan yang jauh ke bawah jurang, lokasi ini memberikan satu pemandangan yang tiada tandingan. Ia menarik jutaan pelancong, yang ingin merasai pengalaman melihat suasana yang sangat indah di depan mata dan juga mengambil gambar-gambar yang menarik.

lysefjorden

pulpit rock oleh andreas christensen

lysefjorden 2

1. Jambatan Golden Gate, San Francisco, USA

Binaan kejuruteraan yang hebat ini adalah simbol kemegahan kepada West Coast. Menjadi jambatan yang paling banyak diambil gambarnya di dunia, malahan kerap kali dipaparkan di dalam filem-filem buatan Hollywood, ia memiliki laluan yang cantik yang menghubungkan antara sisi ke satu sisi yang lain. Kenapa anda perlu ke sana? Untuk melihat sendiri lokasi yang ikonik ini, yang menarik minat jutaan jurugambar, yang mencari sudut dan pencahayaan terbaik untuk koleksi mereka.

jambatan golden gate

jambatan golden gate 2

Rujukan: top 10 best places for travel photography




Hakcipta iluminasi.com (2017)