Kad koleksi, kad permainan atau kad trading merupakan antara salah satu jenis permainan yang sangat popular satu ketika dahulu, sebelum kewujudan telefon pintar.

Setelah beberapa dekad berlalu, masih ada yang menyimpan koleksi kad-kad ini, yang mana sudah tidak dikeluarkan lagi. Mereka yang memiliki kad yang sangat jarang ditemui satu ketika dahulu, apatah lagi sekarang adalah sangat beruntung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini kerana seperti barangan antik yang lain, kad koleksi ini menjadi semakin berharga apabila masa berlalu. iluminasi.com kongsikan 10 koleksi kad permainan yang paling malah pernah dijual dalam sejarah.

10. Spectral Tiger

kad spectral tiger

Kad Spectral Tiger adalah dari permainan kad koleksi World of Warcraft. Ia hanya dikeluarkan satu dalam setiap 484 bungkusan yang ditetapkan oleh Fires Outland.

Walaupun kad World of Warcraft tidak menjadi yang paling popular berbanding kad-kad yang lain, namun disebabkan ia jarang ditemui dan ciri-ciri kad ini membuatkan ia bernilai tinggi.

Bagi mendapatkan kelebihan yang ditawarkan oleh kad ini dalam permainan, anda perlu membayar RM4,700 untuk memilikinya.

9. Crush Card Virus

crush card virus

Yu-Gi-Oh bukan sahaja satu siri manga yang sangat popular, tetapi juga pencipta permainan kad koleksi berdasarkan siri asal, yang dikagumi dan digemari oleh ribuan peminatnya.

Salah satu watak utama dalam siri ini, Seto Kaiba, merujuk kepada kad ini sebagai kad yang penting kepada peknya membuatkan permintaan terhadapnya semakin meningkat.

Jika digabungkan dengan fakta bahawa kad ini diberikan sebagai hadiah kepada peserta dengan markah tertinggi di Kejohanan Shonen Jump, bermakna kad Crush Card Virus bernilai tidak kurang daripada RM14,000.

8. Time Walk

kad time walk

Time Walk adalah kad dari pelancaran pertama Magic: The Gathering, boleh dikatakan sebagai permainan kad paling berjaya dan popular di dunia.

Walaupun kad ini kelihatan ringkas dengan reka bentuk abstraknya, namun ia tersangat berharga kerana sangat jarang dijumpai dan diharamkan digunakan dalam permainan.

Kehebatan dan kemewahan memiliki Time Walk yang membolehkan anda mempunyai dua giliran berturut-turut dalam permainan, memerlukan wang anda sebanyak RM18,700.

7. Armament of the Lethal Lord

armament of the lethal lord

Kad Armament of the Lethal Lord pernah dipasarkan untuk dijual dengan harga lebih daripada RM4.5 juta.

Walaupun kad ini sangat berkuasa sehingga ia diharamkan dari pertandingan kejohanan, namun sayangnya ia tidak bernilai sebegitu tinggi seperti yang dipasarkan.

The Armament of the Lethal Lord telah dijual seharga RM42,100 dan juga diberikan kepada pemenang Siri Kejohanan Dunia pada tahun 2006.

6. No. 1 Trainer

no 1 trainer

Adalah tidak wajar untuk membincangkan kad trading tanpa menyenaraikan kad Pokemon. Apa yang membuatkan kad ini tersangat unik adalah ia tidak mempunyai apa-apa nilai dalam permainan kad ini.

Kad No. 1 Trainer adalah hadiah utama yang diberikan kepada pemenang kejohanan Cabaran Dunia Jepun. Ia membolehkan pemiliknya untuk melangkau peringkat kelayakan negeri dan terus layak ke kejohanan tahun berikutnya.

Disebabkan itu, ia tidak dipasarkan dengan begitu kerap, namun dijual dengan harga RM46,800.

5. The Alpha Black Lotus

the alpha black lotus

Kad Alpha Black Lotus telah dijual dengan harga RM126,250, menjadikannya kad trading paling mahal pernah dijual dalam sejarah.

Walaupun kad ini dilarang untuk digunakan dalam perlawanan, namun sesiapa yang memilikinya akan dihormati oleh pengumpul yang lain.

Memandangkan ia dikeluarkan di awal pelancaran permainan kad Magic: The Gathering, maka hanya 1,110 kad sahaja dihasilkan. Ia merupakan kad yang paling mahal dalam sejarah permainan ini.

4. Ted Williams 1954

1954 ted williams

Pada tahun 1954, Ted Williams telah dipilih untuk menghiasi muka depan dan belakang set kat trading besbol Topps, membuatkan kad ini menjadi popular di kalangan pengumpul.

Warna latar belakang kuning terang dan tandatangan yang terkenal dari salah seorang pemain besbol terhebat dalam sejarah adalah penyebab kad Ted Williams keluaran tahun 1954 ini tersangat istimewa.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda perlu siapkan wang sebanyak RM234,000.

3. Pikachu Illustrator

pikachu illustrator

Satu lagi kad Pokemon tersenarai dalam senarai kad trading termahal di dunia. Kad Pikachu Illustrator yang telah dijual pada harga RM252,500 dianggap sebagai kad Pokemon paling unggul dalam kalangan pengumpul.

Sebagai kad Pokemon paling malah pernah dijual, kad Pikachu Illustrator sangat sukar untuk didapati, walaupun anda mempunyai wang untuk mendapatkannya.

Hanya terdapat 4 unit kad ini sahaja ketika ini, membuatkan harganya dianggarkan bakal melonjak dalam masa beberapa tahun lagi.

2. Michael Jordan, Basketball, 1986-87 Fleer Rookie

fleer rookie card michael jordan

Kad Michael Jordan Fleer Rookie dianggap sebagai antara kad trading sukan yang paling popular pernah wujud. Walaupun terdapat pelbagai kenangan berkaitan dengan Michael Jordan, namun kad ini hampir berada di kedudukan teratas.

Orang biasanya membeli kad ini sebagai satu bentuk pelaburan dan memandangkan populariti yang terus melonjak, tarikan kad ini suda pasti semakin meningkat.

Menurut sumber, kad ini telah dijual pada harga sekitar RM467,000.

1. Honus Wagner 1909-11 T206

honus wagner 1909 11 t206

Kad Honus Wagner sebenarnya lebih terkenal daripada Honus Wagner sendiri. Kad ini merupakan keluaran Syarikat Tembakau Amerika, namun pengeluarannya dihentikan kerana Honus menentang tabiat merokok.

Disebabkan itu, hanya 200 unit kad sahaja dijual. Kad ini menjadi kad yang paling mahal pernah dijual dalam sejarah, dengan harga mencecah RM14.97 juta.

Kini jumlah kad ini yang masih wujud tersangat lah sedikit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)