Semalam, penyanyi Nita Hamzah telah selamat melangsungkan pertunangan bersama jejaka pilihannya, Mohd Fareez Shamsul Bahari.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke laman Facebook beliau, naib Juara Malaysian Idol 2005 itu melahirkan kesyukuran dan memohon agar peminat mendoakan kebahagiaannya.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Saya pun dah disarungkan cincin. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Hanya doa yang baik-baik sahaja saya harapkan daripada semua.

Sumber: Facebook Nita Hamzah

Dalam sebuah wawancara terdahulu, Nita memberitahu dia tidak mempunyai tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinan, namun berharap majlis tersebut dapat disegerakan.

Kalau boleh memang tahun ini juga kami mahu berkahwin. Cuma dalam waktu sekarang hanya rancangan dahulu. Apapun saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami.

Sumber: Utusan Online

Ucapan tahniah daripada kami buat Nita dan semoga segala urusan menuju ke hari bahagia nanti akan dipermudahkan. 

nita malaysian idol bertunang semalam 2

nita malaysian idol bertunang semalam 3

nita malaysian idol bertunang semalam 4

Kredit foto: Facebook Jeff Wai 




Hakcipta iluminasi.com (2017)