Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza 

Hubungan selama tiga tahun antara aktres Izara Aishah dan Adib Khalid akhirnya dibawa ke fasa seterusnya dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung petang semalam.

Khabar gembira itu didedahkan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan adik kepada Adib iaitu Asyraf Khalid menerusi laman Instagram mereka. 

izara aishah dan adib khalid selamat bertunang 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

izara aishah dan adib khalid selamat bertunang 3

Kredit foto: Instagram Asyraf Khalid

Menurut laporan, Izara telah dirisik oleh keluarga Adib sebelum berlangsungnya majlis pertunangan.

Pasangan tersebut dikhabarkan bakal bernikah pada 17 November ini.

Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga segala urusan perkahwinan nanti berjalan dengan lancar.




Hakcipta iluminasi.com (2017)