Oleh pada 03 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Facebook Nita Hamzah

Penyanyi Nita Hamzah akui tidak dapat menahan sabar apabila diganggu oleh seorang lelaki biadab di laman Facebook.

Menurut Nita, lelaki tersebut bertindak kurang ajar dengan menghantar mesej dan foto berbaur lucah kepadanya.

Sebelum ini saya mendengar rakan lain terkena perkara sama tetapi apabila terjadi kepada diri sendiri saya memang terkejut. Apatah lagi ia dilakukan orang kita. Memang memalukan. Bukan saja mesej berbaur lucah malah turut menghantar gambar kemaluan. Saya baca dan tengok pun geli. Tertanya-tanya juga, apa yang dia fikir.
Sumber: Harian Metro

Enggan insiden yang sama berulang, Nita mengambil pendekatan untuk mendedahkan foto profil lelaki berkenaan di laman Facebooknya.

Kalau dia membaca status saya di Facebook lagi bagus. Jika tidak, saya berharap kenalan di Facebook yang mengenalinya boleh memberitahu dia. Jangan fikir saya artis dia boleh buat perkara tak senonoh. Saya juga punya hati dan perasaan. Bukan nak memalukan dirinya tetapi biar ia jadi pengajaran kepada orang lain agar lebih beradab selepas ini.
Sumber: Harian Metro

Nita melahirkan kekesalan apabila sesetengah netizen menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak baik.

Dalam pada itu, bekas naib juara Malaysian Idol 2005 itu berharap agar ibu bapa di luar sana lebih peka terhadap kegiatan anak-anak mereka di alam maya.

Saya tidak pasti sama ada pengguna akaun ini wujud atau tidak. Kalau ia wujud, harap dia sedar. Ibu bapa pun perlu mainkan peranan. Berdasarkan gambar lelaki ini, saya berasakan dia remaja lagi. Jadi ibu bapa perlu pantau aktiviti anak mereka.
Sumber: Harian Metro

Nita juga bersedia untuk membawa kes itu kepada pihak polis jika berterusan.

baik suruh dia minta maaf dan bertaubat nita hamzah 2

Kredit foto: Facebook Nita Hamzah

Nak popular ya, dik? Ok kepada sesiapa yang rasa nak nasihatkan adik ni, tolonglah nasihatkan adik ni. Dia memang memerlukan nasihat sangat-sangat. Saya dah tangkap gambar awak punya mesej dik. Sesiapa ada kawan yang berkawan dengan adik ni atau kenal dia, baik suruh dia minta maaf dan bertaubatlah ya. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)