nita akui kurang popular

Kredit foto: Facebook Nita Hamzah

Penyanyi Nita Hamzah enggan mengalah dalam kerjayanya sebagai selebriti meskipun populariti tidak segah rakan artis lain.

Penyanyi berusia 37 tahun itu menyedari hakikat dirinya yang tidak mendapat perhatian media, namun ia bukanlah penghalang untuk meneruskan perjuangan dalam industri seni.

"Saya memang jarang keluar di televisyen, sebab itu saya kurang popular.

"Kalau nak berputus asa, dari tujuh tahun lepas lagi saya dah berhenti. Tapi saya tetap teruskan karier sampai hari ini," katanya menurut laporan portal Mstar Online.

Nita membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Program Versus 1001 Rasa Babas yang berlangsung di Empire Ballroom, Subang Jaya pada Khamis.

Rancangan masakan itu akan ke udara bermula 30 Oktober ini di saluran TV3 menampilkan hos Chef Dr. Kamarul dan Chef Adu.

Dalam pada itu, Nita yang bakatnya digilap menerusi rancangan realiti Malaysian Idol berkata, ibunya adalah penyebab utama dia masih berdiri dalam industri muzik. 

Malah sokongan yang diberikan ibunya itu bermula sejak dia berumur sembilan tahun lagi.

Meneruskan perjuangan dalam kerjaya sebagai penyanyi, Nita bakal muncul dengan single baru berjudul Hadirlah Cinta sebelum hujung tahun.

Jelas Nita, dia merancang untuk mengeluarkan single itu sebelum menamatkan zaman solonya bersama Mohd Fareez Shamsul Bahari iaitu pada awal 2018.

"Kami merancang untuk kahwin dalam bulan Februari atau Mac, tarikh dan lokasi belum pasti lagi," katanya.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)