Kredit foto: Instagram Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia bersempena dengan ulang tahun kelahirannya pada Selasa.

Apa yang menjadi perhatian, Mahathir atau Tun M dalam video ucapan yang dimuatnaik di laman Instagram itu, menggunakan lagu Harapan Menjadi Nyata nyanyian penyanyi Aizat Amdan sebagai muzik latar.

hanya dua selebriti selepas siti nurhaliza tun m follow penyanyi lelaki ini 3

Kredit foto: Instagram Tun Mahathir

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 93.

"Kredit Muzik Latar : Harapan Jadi Nyata @aizatamdan," tulis Tun M di ruangan kapsyen.

Tidak hanya itu, Tun M yang sebelum ini mengikuti (follow) Instagram penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut sama mengikuti Instagram Aizat, menjadikan keseluruhannya hanya dua selebriti dalam senarai diikutinya.

hanya dua selebriti selepas siti nurhaliza tun m follow penyanyi lelaki ini 2 391

Kredit foto: Instagram Aizat Amdan

Selain itu adalah Instagram seorang lagi individu iaitu anaknya sendiri yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukriz Mahathir, bersama beberapa persatuan politik negara seperti Armada PPBM, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan akaun rasmi Pakatan Harapan.

Terdahulu, Aizat mengatakan karya yang dihasilkan tujuh tahun lalu itu merupakan hasil nukilan ayahnya, Datuk Amdan Mat Din, 61, yang mengagumi kepimpinan negarawan berkenaan sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri ke-4 lagi.

Sejak malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jumlah pengikut akaun Tun M meningkat secara mendadak sehingga kini mencecah lebih 1.4 juta pengikut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)