Mempunyai wajah mirip seorang selebriti mampu menyebabkan ramai kalangan ahli masyarakat tersalah sangka kita adalah individu terkenal tersebut. Jika anda mempunyai wajah yang kebetulan sama seperti selebriti lah!

Dalam situasi yang lebih unik, ada selebriti-selebriti yang sudah besar namanya mempunyai 'kembar' serupa yang juga gah namanya. Situasi seperti itu memang mencuit perhatian ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda wujud beberapa 'pasangan kembar' bintang Hollywood yang terus aktif? Berikut adalah lima yang kami rasakan paling serupa serta anekdot ringkas berkenaan persamaan mereka.

1. Keira Knightley dan Natalie Portman

keira knightley portman

Walaupun kini merupakan seorang nama besar, karier Keira Knightley banyak dibantu peranan kecil yang dimainkan beliau dalam filem Star Wars Episode I - sebagai pembantu kepada watak yang dimainkan Natalie Portman bernama 'Sabe.'

Pada usia 13 tahun, persamaan tinggi dan wajahnya yang sangat mirip dengan Portman memudahkan Keira memainkan watak tersebut.

Sehinggakan ada ketikanya Keira diberikan peluang melakonkan adegan yang sepatutnya dimainkan Natalie, ketika pelakon terkenal itu tidak dapat menghadirkan diri untuk pengambaran.

2. Amy Adams, Isla Fisher dan Jenna Fischer

amy adams isla fisher jenna fischer

Walaupun mempunyai nama keluarga sama, Isla Fisher dan Jenna Fischer bukanlah adik beradik - tetapi mereka berdua mempunyai wajah yang saling tak tumpah serupa. Ditambah lagi dengan pelakon Amy Adams yang layak dikatakan ibarat kakak sulung mereka bertiga. 

Bagi peminat siri komedi klasik 'The Office' versi Amerika Syarikat, sebelum bergelar bintang terkenal - Amy Adams pernah muncul dalam beberapa episod sebagai pelakon pembantu yang bersaing dengan watak Jenna Fischer dalam semua perkara. 

Persamaan wajah kedua-dua pelakon wanita itu konsisten dijadikan bahan komedi sepanjang dua musim Amy Adams mewarnai siri komedi tersebut.

3. Will Ferrell dan Chad Smith

will ferrell and chad smith

Berbanding dengan nama-nama lain dalam senarai ini, Will Ferrell bertuah kerana memiliki kembar yang juga seorang pemain dram disegani dalam industri muzik.

Kami berani katakan, sekiranya kedua-duanya memakai pakaian yang sama - memang agak sukar untuk membezakan mereka. Hanya perwatakan kedua-duanya agak berbeza.

Selepas kemunculan kedua-duanya buat kali pertama dalam televisyen, Will dan Chad sering bekerjasama dalam menjayakan program-program kebajikan, mengadakan persembahan komedi yang disekalikan dengan pertunjukan kemahiran bermain dram.

4. Zooey Deschanel dan Katy Perry

deschanel perry

Sebelum namanya dikenali ramai, penyanyi terkenal Katy Perry sering menggunakan wajahnya yang seakan-akan wajah pelakon Zooey Deschanel untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tertentu.

Ketika nama Deschanel berada di era kemuncak, Katy Perry akan hadir ke kelab-kelab malam dan mengaku dirinya 'Zooey Deschanel' bagi membolehkan dia masuk secara percuma; disebabkan ketiadaan wang ringgit.

Deschanel pada mulanya berasa agak jengkel setelah mengetahui ada seorang wanita lain seiras dengannya. Tetapi nampaknya kedua-duanya sudah dapat menerima ketentuan, di mana Deschanel muncul dalam klip video salah satu lagu Katy Perry - memainkan watak yang disalah sangka Katy Perry.

5. Jordana Brewster, Demi Moore dan Jennifer Connelly

moore brewster connelly

Satu lagi trio wajah serupa yang sangat mudah dikelirukan apatah lagi selepas mereka semakin berusia. Tidak ada persamaan antara ketiga-tiganya, melainkan Connelly dan Moore dikatakan berketurunan Yahudi. Brewster pula berdarah Brazil. 

Dari segi pencapaian karier, Connelly dan Moore layak dikatakan setanding pencapaian mereka, mempunyai portfolio yang cukup baik membintangi banyak filem berstatus klasik - sementara Brewster pula kurang aktif berbanding kedua-dua kembarnya, lebih terkenal melalui wataknya dalam siri filem 'Fast and Furious.'

Bagaimanapun, nama Connelly kekal bertahan membarisi filem-filem berstatus 'blockbuster' di Hollywood sebagai pelakon utama, dengan penampilannya dalam filem 'Top Gun : Maverick' bersama aktor handal Tom Cruise bakal ditayangkan pada tahun hadapan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)