Kredit foto: Facebook Nita Hamzah Official

Dengan sekali lafaz, penyanyi Nita Hamzah sah menjadi milik Mohd Fareez Shamsul Bahari tepat jam 11.45 pagi, semalam.

Nita, atau nama sebenarnya, Norhanita Hamzah, 38, selamat dinikahkan dengan Fareez, 30, yang mana disempurnakan oleh adik kepada Nita sendiri iaitu Mohd Hafiez Hazlan.

Akad nikah disaksikan jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Firdaus Bandar Baru Selayang, Mohd Nazri Mohd Nor serta anggota keluarga kedua-dua pihak.

Naib juara rancangan realiti Malaysian Idol musim kedua itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada pihak lelaki berserta wang hantaran RM10,000.

Nita menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada Fareez.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos 2017.

nita hamzah selamat nikah 2

nita hamzah selamat nikah 4

nita hamzah selamat nikah 3

nita hamzah selamat nikah 5

Kredit foto: Facebook Nita Hamzah Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)