Oleh pada 26 Mar 2017 kategori

Nike bukanlah nama dalam industri sukan dunia. Pakai sukan Nike dipakai oleh setiap golongan tidak kira amatur atau profesional.

Baru-baru ini, Nike telah membuat sesuatu yang baru, iaitu melancarkan produk baru iaitu sehelai tudung. Perkara ini sedikit mengejutkan kerana dalam keadaan dunia sekarang menghadapi isu islamophobia di seluruh dunia, Nike seakan-akan tidak ambil peduli. Dengan pelancaran tudung ini juga sudah kedengaran suara-suara sumbang golongan anti-Muslim yang mengugut untuk memboikot Nike.

Tudung yang diberi nama Nike Pro Hijab ini telah dihasilkan dengan kerjasama beberapa atlet profesional yang berhijab seperti Amna Al Haddad dan Zahra Lari. Ianya dijangka akan mula dijual pada tahun 2018 dengan harga sekitar $35 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Tudung ini kelak dijangka akan dijual dalam beberapa pilihan warna antaranya hitam dan kelabu.

Walaubagaimanapun, buat masa ini tidak dapat dipastikan bilakah produk baru ini akan dijual di pasaran Malaysia. Selain daripada tudung, Nike juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak produk mesra Muslim memandangkan terdapat permintaan yang tinggi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)