Oleh pada 12 Nov 2018 kategori

pemain bola sepak profesional

Salah satu daripada sebab mengapa ramai kanak-kanak zaman kini bercita-cita untuk menjadi atlet terkenal selain daripada kemahsyuran dan populariti adalah pendapatan yang tinggi.

Tak dapat dinafikan atlet adalah antara kerjaya yang memberikan pendapatan yang tersangat lumayan, sambil dapat melakukan apa yang mereka gemar dan minat.

Menjadi seorang atlet profesional dikatakan sebagai impian menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi jika anda ditaja oleh syarikat besar.

safiq rahim dan powercat

Ya, memang gaji atlet profesional adalah sangat tinggi namun jumlah tersebut tidak dapat menandingi tajaan jenama terkemuka yang memberikan pulangan yang berlipat kali ganda tinggi tanpa anda perlu bersusah payah berlari di atas padang.

Namun, anda perlu mengekalkan prestasi menakjubkan di samping menjadi public figure untuk mengekalkan tajaan bernilai jutaan ringgit.

iluminasi.com kongsikan 5 atlet yang mendapat tajaan paling besar di dunia.

5. Kobe Bryant - Nike

kobe bryant dan nike

Pada November 2015, kira-kira lima bulan sebelum persaraannya, Forbes melaporkan bahawa Kobe Bryant telah memperoleh sejumlah RM2.85 bilion sepanjang kariernya.

Kira-kira RM1.46 bilion daripada jumlah tersebut diperoleh daripada perjanjian tajaan dengan syarikat-syarikat seperti Mercedes-Benz, McDonald's, Sprite, Nintendo dan Sony.

Walau bagaimanapun, tajaan terbesar yang menyumbang kepada kekayaan tersebut adalah yang ditandatangani oleh Kobe bersama Nike.

kobe bryant dan nike 2

Kobe Bryant mula-mula menandatangani kontrak empat tahun bernilai RM167 juta dengan syarikat pakaian sukan itu pada Jun 2003 selepas dibuang dari Adidas.

Kasut signature Nike oleh Kobe telah mencatatkan jualan bernilai RM439 juta pada tahun 2014. Pada tahun 2017, Kobe menerima "layanan seperti Michael Jordan" apabila Nike menganugerahkannya dengan kasut signature barunya berikutan persaraannya.

Kini, Kobe Bryant dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM1.46 bilion.

4. Cristiano Ronaldo - Nike

cristiano ronaldo dan nike

Pemenang anugerah Balon d'Or sebanyak 5 kali Cristiano Ronaldo mempunyai tajaan yang tersangat banyak sehinggakan beliau digelar sebagai "papan iklan bergerak". 

Di antaranya termasuklah Tag Heuer, Abbott Laboratories, Herbalife dan sudah tentu, Nike.

Pada tahun 2016, Ronaldo mengikuti jejak langkah LeBron James apabila beliau menandatangani kontrak seumur hidup dengan Nike.

cristiano ronaldo dan nike 2

Sebelum menandatangani perjanjian baru ini, Ronaldo mula-mula menandatangani dengan Nike pada tahun 2003 dan mengembangkan koleksi termasuk kasut untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Kasut signaturenya, Nike Mercurial Superfly V FG kini dijual dengan harga RM1,200 di laman web syarikat itu.

Dinamakan sebagai atlet dengan pendapatan paling tinggi pada tahun 2017 oleh Forbes, Cristiano Ronaldo mempunyai kekayaan bernilai RM1.9 bilion.

3. David Beckham - Adidas 

david beckham dan adidas

Seperti Neymar, Messi dan Ronaldo, David Beckham juga menikmati perjanjian tajaan dengan pelbagai syarikat mewah sepanjang kerjayanya sebagai bintang bola sepak.

Sebagai contoh, Beckham memperoleh RM89.8 juta sebagai duta global Armani dari tahun 2008 hingga 2011.

Bersara dari bola sepak profesional sejak tahun 2013, Beckham terus menikmati tajaan dengan Breitling dan Diageo, serta beberapa yang lain.

adidas david beckham

Pada Mac 2015, Forbes melaporkan bahawa pada tahun pertama persaraannya, Beckham mencatatkan pendapatan tertinggi dalam kerjayanya dengan RM313.8 juta pada tahun 2014.

Adidas merupakan penaja terbesar David Beckham. Beliau menandatangani perjanjian seumur hidup dengan syarikat gergasi ini bernilai RM672.8 pada tahun 2003. Kini kekayaan Beckham dianggarkan bernilai RM1.88 bilion.

2. Tiger Woods - Nike

tiger woods dan nike

Pemain golf yang menikmati lonjakan hebat pada lewat tahun 90-an telah mengalami penurunan pendapat umum dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2009, jenama Woods dan juga prestasi Tiger Woods mengalami kemerosotan teruk apabila pendedahan dilakukan berkenaan kecurangan terhadap isterinya ketika itu, Elin Nordegren, dengan beberapa orang wanita.

Akibat daripada skandal tersebut, Tiger Woods kehilangan beberapa tajaan yang besar, termasuk AT&T, Gatorade dan Buick.

Walau bagaimanapun, pemain golf itu meneruskan perjanjiannya dengan Nike. Malah, Nike memperluaskan kesepakatannya dengan Woods pada tahun 2013.

tiger woods dan nike 2

Hubungan Woods dengan Nike bermula pada tahun 1996 apabila beliau menandatangani kontrak lima tahun bernilai RM167 juta dan dilaporkan menjana RM418 juta dari syarikat tersebut di antara tahun 2001 dan 2006.

Kerjaya dan imej awam Woods sekali lagi menjadi buruk pada Mei 2017 apabila beliau ditemui sedang tidur di dalam keretanya jalanan. Walaupun tiada alkohol dalam badannya, percakapan Woods agak tidak jelas dan beliau gagal dalam ujian mabuk

Ketika ini Tiger Woods mempunyai anggaran kekayaan bernilai RM3.1 bilion.

1. Michael Jordan dan Nike

michael jordan dan nike 996

Michael Jordan bukan hanya pemain bola keranjang yang paling terkenal dan disayangi sepanjang zaman, tetapi beliau juga adalah atlet yang mendapat tajaan terbesar dari Nike.

Air Jordans diperkenalkan pada tahun 1984 dan sejak itu ia menjadi sebahagian daripada kasut sukan paling popular di pasaran global.

Malah, Michael Jordan masih menerima wang tajaan daripada Nike walaupun pada hakikatnya beliau tidak berada dalam gelanggang profesional sejak tahun 2003.

Perjanjian asal di antara Nike dan Michael Jordan adalah selama lima tahun dengan hanya RM2.1 juta setahun, ditambah dengan pilihan saham. Menurut ESPN, jenama Jordan perlu menjual kasut bernilai RM16.7 juta pada tahun ketiga perjanjian itu.

michael jordan dan nike 2

Hasil daripada penangan pengaruh Michael Jordan, Nike berjaya menjual Air Jordan 1s bernilai RM233 juta dalam dua bulan pertama ia dijual pada tahun 1985.

Itu merupakan 30 tahun yang lalu dan menjelang Mei 2016, jenama Jordan menjana lebih daripada RM10.46 bilion dalam jualan tahunan untuk Nike.

Nike berkata pada Oktober 2015 bahawa mereka menjangkakan jenama Jordan akan bernilai RM18.8 bilion dalam jualan tahunan menjelang tahun 2020.

Perjanjian Michael Jordan dengan Nike menyumbangkan kepada kekayaannya yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion.



Hakcipta iluminasi.com (2017)