anda boleh tukar kasut nike jika rosak

Bagi kebanyakan orang, pastinya anda pernah membeli dan memiliki sekurang-kurangnya sepasang kasut Nike dalam seumur hidup anda, kan?

Nike merupakan antara jenama terkenal dengan logo "swoosh" ikonik di mana ia telah wujud sejak tahun 1960-an.

Walaupun begitu, ini tidak menjamin kesempurnaan bagi setiap produknya yang mana pastinya akan berhadapan dengan kerosakan dari masa ke masa.

Dan jika anda berhadapan dengan isu ini, Nike mempunyai polisi pemulangan yang agak menarik.

kerosakan pada kasut nike boleh ditukar 829

Apa yang ramai di antara kita tahu adalah pengembalian wang boleh dilakukan sekiranya barang tersebut dikembalikan dalam 30 hari dari tarikh pembelian.

Namun apa yang ramai tak tahu adalah jika kasut Nike anda mengalami kerosakan atau apa-apa kecacatan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pembuatan, anda boleh mendapatkan kasut baharu dengan percuma.

Ini kerana Nike memberi jaminan kepada semua kasut yang dihasilkannya dalam tempoh seperti yang dinyatakan di atas.

Bagaimana mengetahui tarikh pembuatan kasut Nike?

label kasut nike

Anda boleh menyemak sama ada kasut anda masih dilindungi di bawah jaminan pembuatan 2 tahun Nike dengan melihat pada label yang terdapat di bahagian dalam kasut anda.

Selain ukuran saiz kasut, terdapat dua tarikh yang dicetak pada label tersebut.

Tarikh di sebelah kiri adalah tarikh pesanan pembelian, atau tarikh di mana peruncit memutuskan untuk memesan kasut tersebut dari Nike sendiri.

Di bahagian kanan pula adalah tarikh pembuatan yang sebenarnya, yang akan menentukan tempoh sah pengembalian anda.

Sebagai contoh seperti label di bawah, tarikh pembuatan kasut ini adalah pada 21 Januari 2017. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan tersebut dalam tempoh 2 tahun selepas ia dihasilkan iaitu 20 Januari 2019, anda boleh menukarnya.

tarikh pembuatan kasut nike 514

Nike mengesyorkan untuk memeriksa dasar pengembalian kedai di mana anda membelinya sebelum memulangkan kasut anda secara pos, kerana peruncit Nike yang sah juga dapat menerima pengembalian disebabkan oleh mutu kerja atau kelemahan bahan buatan.

Pembelian yang dibuat di kedai Nike harus dan boleh dikembalikan ke mana-mana lokasi kedai Nike.

Sekiranya anda membeli dari Nike.com, anda mesti menggunakan borang pengembalian ini untuk memproses pesanan anda.

Anda juga harus menyimpan resit tersebut, atau sekurang-kurangnya mengambil gambar untuk disimpan dengan selamat di kemudian hari.

Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari laman sesawang rasmi Nike:

"Jika ia melebihi 60 hari, dan kurang dari 2 tahun dari tarikh pembuatan (terletak pada label item), dan barangan tersebut mengalami kecacatan, ini apa yang anda perlu lakukan:

  1. Pembelian dari Nike.com and Nike App: Sila hubungi kami untuk mengembalikan barang. (Ini termasuk pesanan digital Nike.com yang dibuat di Nike Store.)
  2. Pembelian dari Kedai Nike Store: Walaupun selepas 60 hari, anda masih perlu mengembalikan item tersebut ke kedai Nike tempat anda membuat pembelian. Sekiranya anda tidak dapat hadir, hubungi kedai tersebut untuk membincangkan pilihan anda.
  3. Pembelian dari kedai sah Nike: Sila kembalikan kasut anda ke tempat pembelian yang asal. Kami bekerjasama dengan peruncit yang sah untuk menerima pengembalian produk dengan kecacatan pembuatan atau bahan. Sekiranya anda tidak dapat kembali ke tempat pembelian yang asal, atau jika peruncit telah merujuk anda kembali ke Nike, anda boleh memfailkan tuntutan.

Sesetengah produk Nike mempunyai jaminan dan / atau jaminan bertulis khusus. Dalam kes tersebut, perincian dan maklumat pengembalian akan disertakan pada label, label gantung (hang tag), atau kad jaminan yang disertakan bersama item tersebut."

Beli, pakai dan kembalikan sesuka hati?

cara tukar kasut nike jika rosak

Sama seperti mana-mana barangan, pastinya ada yang licik cuba untuk mengambil kesempatan ke atas sistem pemulangan ini.

Namun, tidak semestinya anda boleh menghantar semula kasut yang mengalami kerosakan setiap tahun dan mengharapkan pemulangan wang atau diberikan kasut baharu.

Polisi pengembalian Nike perlu menganggap bahawa kasut itu mengalami kecacatan sebelum anda mendapat pulangan atau pertukaran.

jnle4ypesdakcd2ffotear 768 80 663

Dan definisi kecacatan produk yang dibuat oleh syarikat ini agak kabur dan ia dikekalkan sebegitu, jadi agak sukar bagi pengguna untuk menentukan sama ada sesuatu kecacatan itu disebabkan oleh kesalahan pengeluar atau hanya sebahagian daripada kerosakan kasut biasa.

Nike boleh dan akan menolak pengembalian anda sekiranya polisi ini cuba untuk disalahgunakan, dan syarikat itu tidak akan menerima pulangan berdasarkan kerosakan atau kehausan biasa yang dialami.

Jadi, polisi ini tidak membolehkan anda mendapatkan kasut baharu percuma dengan sesuka hati tetapi kepada yang benar-benar mengalami kecacatan pengilangan.

Rujukan:

1. Nike

2. Life Hack

3. Rather Be Shopping



Hakcipta iluminasi.com (2017)