neelofa sindir fattah amin tidak hadir di meletop

Kredit foto: Instagram @fattahaminz & rojakdaily.com

Pelakon utama drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan Fazura tidak muncul dalam episod rancangan hiburan terkenal, MeleTOP semalam bagi mempromosikan drama yang sedang mendapat sambutan luar biasa itu.

Bagaimanapun, perkara tersebut sebenarnya telah diberitahu pengarah drama itu sendiri, Michael Ang menerusi akaun Instagramnya terlebih dahulu dimana Fattah dan Fazura difahamkan akan hadir pada episod MeleTOP yang akan datang.

Namun, Neelofa selaku pengacara rancangan bualbicara siaran Astro Ria itu mendedahkan yang ketiadaan Fattah dan Fazura sebagai tetamu jemputan pada episod semalam adalah disebabkan Fattah membatalkannya pada saat-saat akhir.

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Fattah menerusi Instagram Live telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Tetapi, Neelofa membalas kenyataan tersebut menerusi Instagram Stories yang seolah sedang menyindir Fattah dimana kenyataannya itu bercanggah dengan arahan penerbit rancangan MeleTOP.

neelofa sindir fattah amin tidak hadir di meletop 1

Untuk pengetahuan, Neelofa juga pernah dikaitkan mempunyai perselisihan faham dengan Fazura sebelum ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kesudahan kisah ini sekiranya mereka bertiga betul-betul muncul dalam episod yang akan datang. 

Sumber: beautifulnara.com & Forum CARI


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)