Oleh pada 21 Nov 2017 kategori

spekulasi pernikahan fattah amin dan fazura ini respon neelofa 1

Kredit foto: Mstar & Instagram Neelofa

Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, enggan mengulas spekulasi pernikahan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura.

Ketika sidang media usai pelancaran cawangan terbaru ‘Naelofar Hijab’ di Putatan, Sabah, baru-baru ini, Neelofa hanya bertindak meletakkan jari di bibir apabila pertanyaan itu diajukan kepadanya.

Malah sidang media ditamatkan secara tiba-tiba selepas itu.

spekulasi pernikahan fattah amin dan fazura ini respon neelofa 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

Neelofa pernah digosip bercinta dengan Fattah selepas sama-sama membintangi drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot.

Sebelum ini, Neelofa yang juga teraju utama drama Red Velvet enggan mengambil pusing kritikan netizen yang menganggap lakonannya dalam drama berkenaan masih 'kayu'.

Malah dia tidak menghiraukan komen peminat apabila kualiti lakonannya dibandingkan dengan pelakon gandingan, Alif Satar yang dikatakan jauh lebih cemerlang.

“Saya anggap kritikan itu sebagai sesuatu yang membina kerana sesiapa pun berhak menyatakan pendapat mereka.

“Namun, saya selesa bergandingan dengan Alif. Penggambaran darma Red Velvet sudah selesai minggu lalu,” katanya memetik portal Harian Metro.

Sumber berita: Harian Metro

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)