Oleh pada 21 Nov 2017 kategori

kerana isu nikah fattah amin dan fazura neelofa sound wartawan 1

Kredit foto: Instagram Neelofa

Pelakon terkenal, Neelofa menyelar tindakan wartawan sebuah akhbar terkemuka kerana dianggap tidak menghormatinya.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, tidak berpuas hati apabila akhbar tersebut mengeluarkan tajuk artikel berbunyi 'Neelofa Malas Mau Layan'.

Aktres yang juga pengacara Meletop itu berkata, responnya terhadap pertanyaan wartawan tersebut telah dimanipulasikan ke dalam bentuk penulisan yang lain.

kerana isu nikah fattah amin dan fazura neelofa sound wartawan 2

Kredit foto: Mynewshub

"Tolonglah hormat sedikit bila orang kata tak nak komen, bukan tulis 'Neelofa Tak Mau Layan' dan masih tulis dan nyatakan nama mereka tentang isu yang saya tak nak komen itu," tulisnya dalam kiriman Instagram.

Menurut laporan portal Mynewshub, isu tersebut mula timbul selepas Neelofa enggan memberi komen berkenaan spekulasi pernikahan Fattah Amin dan Fazura.

Neelofa yang merupakan teraju utama filem Azura 2012 ini, turut mempersoalkan etika kewartawanan penulis berkenaan.

kerana isu nikah fattah amin dan fazura neelofa sound wartawan 3

Kredit foto: Mynewshub

"Di mana etika kewartawanan anda? Penatlah dengan kes macam ni. Saya pasti ramai rakan artis yang lain juga selalu terkena perkara yang sama," cetusnya lagi.

Terdahulu, Neelofa pernah digosip bercinta dengan Fattah selepas sama-sama membintangi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot.


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)