Oleh pada 29 Nov 2017 kategori

kenyataan neelofa untuk fattah amin 1

Kredit foto: Instagram Neelofa & Beautifulnara

Aktres Neelofa memuat naik kiriman di laman Instagram yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas kekasihnya, Fattah Amin.

Dalam kiriman itu yang dikemaskini beberapa jam sebelum pernikahan Fattah pada 27 November lalu, Neelofa seolah membayangkan kegembiraannya melihat kebahagiaan Fattah.

"Hanya melihat pada awak membuatkan saya gembira," tulis Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, yang pernah meledak dengan drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot bersama Fattah. 

Bersama kaspyen itu, Neelofa menyertakan sebuah video yang memaparkan bangunan KLCC. 

kenyataan neelofa untuk fattah amin 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

Rata-rata peminat menganggap luahan pengacara Meletop itu ditujukan kepada aktor berkenaan.

Ia susulan salah satu petikan daripada buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang berbunyi:

“Aku dulu selalu berangan nak pergi KLCC, nak bawa kereta aku sendiri dan 'parking' Valet. Ternyata kini telah termakbul. Hahh…. kelakar kan.”

Sejak itu, KLCC seakan menjadi simbolik kepada diri Fattah.

kenyataan neelofa untuk fattah amin 3

kenyataan neelofa untuk fattah amin 4

kenyataan neelofa untuk fattah amin 5

Kredit foto: Beautifulnara

Terdahulu, pasangan Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di hotel terkemuka, di ibu negara.

Sumber berita: Beautifulnara

tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)