Kredit foto: Beautifulnara
Sebelum ini, sebuah portal akhbar melaporkan aktor Fattah Amin sedang mempunyai hubungan istimewa dengan aktres jelita, Fazura. Malah Fattah juga dikatakan telahpun berjumpa dengan keluarga pelakon tersebut.
Bagaimanapun dalam kenyataan terbarunya Fattah menafikan dakwaan yang tersebar.
Menurut beliau, dia mengakui telah berjumpa dengan keluarga Fazura namun bukanlah secara rasmi seperti yang dikatakan. Selain itu, tiada perbincangan untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius.
Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Buat masa ini, saya belum berjumpa keluarga Fazura untuk berbincang mengenai hubungan kami. Lagipun, saya bertemu keluarga Fazura bukan dalam satu majlis peribadi, sebaliknya kenduri doa selamat anjuran kami bersama beberapa individu lain. Saya mohon tiada pihak yang membesarkan isu ini.
Sumber: Harian Metro
Rupanya berita yang menggemparkan peminat Fattzura sebelum ini adalah palsu. Harapnya peminat pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini janganlah terlalu kecewa ya.
Kredit foto: Instagram Fattah Amin