Oleh pada 11 Jul 2017 kategori

isu tukar jadual penerbangan kerana neelofa akhirnya fattah amin buka mulut 1

Kredit foto: hangat.com

Ramai yang sedia maklum akan percutian pelakon Fattah Amin dan Fazura yang turut disertai beberapa rakan lain ke Koh Samui, Thailand.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan percutian tersebut mendapat lebih perhatian adalah apabila aktres Neelofa hampir-hampir berada dalam penerbangan yang sama dengan dua pelakon berkenaan.

Justeru, Fattah dan Fazura dikhabarkan telahpun mengubah jadual penerbangan untuk mengelak daripada bertemu dengan Neelofa.

Sebelum ini Fattah hanya mengambil tindakan berdiam diri daripada mengulas tentang isu berkenaan. Namun akhirnya aktor itu tampil memberikan penjelasan.

Menurut Fattah, dia mengakui akan niatnya berbuat demikian kerana ingin mengelak daripada bertentang mata dengan aktres tersebut.

isu tukar jadual penerbangan kerana neelofa akhirnya fattah amin buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Perkara ini tidak sepatutnya dihebahkan dan saya juga enggan memperbesarkannya. Tetapi, apabila cerita ini ditimbulkan pihak tertentu dan diperbesarkan seolah-olah kami yang bersalah, saya terpaksa menjelaskan situasi sebenar. Memang ada pihak memaklumkan kami akan menaiki pesawat yang sama dengan Neelofa. Sebaik mengetahuinya, saya mula rasa tidak sedap hati. Bagi saya, lebih baik kami tidak berada dalam pesawat yang sama dengannya. Atas nasihat keluarga, kami menukar jadual perjalanan kepada penerbangan seterusnya.

Sumber: Berita Harian

Tambah Fattah, dia juga enggan mana-mana pihak dipersalahkan dalam isu berkenaan dan diharapkan penjelasannya dapat menerangkan situasi sebenar yang berlaku.

Malah, beliau juga memohon supaya namanya tidak lagi dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu kerana tiada lagi perhubungan antara mereka. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)