Oleh pada 19 May 2017 kategori

Kredit foto: BH Plus

Diberikan tanggungjawab menggalas watak yang asalnya adalah milik aktres Neelofa, pelakon Fazura mengakui beliau bersedia jika wujudnya perbandingan antara mereka.

Jelas Fazura, isu perbandingan adalah normal apabila kedua-dua selebriti tersebut mempunyai pengikut yang tersendiri.

Malah perbandingan juga timbul kerana citarasa peminat yang berbeza.

dibandingkan dengan neelofa ini jawapan fazura 2

Kredit foto: Instagram Fazura

Bagi saya perkara itu adalah biasa kerana kami sendiri mempunyai peminat masing-masing yang menyokong kerjaya seni kami. Saya juga telah bersedia jika dibandingkan dengan Neelofa kerana ia bergantung kepada 'selera' masing-masing. Apa yang penting saya sudah melakukan yang terbaik dan bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon di bawah arahan pengarah Michael Ang.

Sumber: Astro Gempak

Fazura membuat kenyataan tersebut di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya, Ahad lalu.

Drama bersiri Hero Seorang Cinderalla lakonan Fazura akan menemui penonton mulai 22 Mei ini di saluran Astro Ria dan Ria HD, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Selain Fazura, antara pelakon lain yang terlibat adalah Fattah Amin, Uqasha Senrose, Zizie Ezette, Jasmine Suraya dan ramai lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)