Oleh pada 07 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Nampaknya peminat Fattzura tidak perlu bersedih lagi selepas tamatnya drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC) kerana khabarnya sebuah lagi drama yang menggandingkan pasangan ini akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Berita baik itu didedahkan sendiri oleh pengurus aktres Fazura menerusi laman Instagramnya. Judul drama tersebut juga telah dibocorkan iaitu “Wanita Terindah.”

drama terbaru fattah amin dan fazura selepas hsc dibocorkan 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Salam Jumaat. Saya teruja untuk #wanitaterindah semoga dipermudahkan, Insya-Allah. Eh sekejap nak tanya kamu semua, boleh teka ke siapa pasangan pelakon saya dalam drama ini?

Mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Fattah telahpun memuat naik muka buku skrip drama berkenaan, walaupun masih berteka-teki pelakon wanita yang akan digandingkan bersamanya.

Rata-rata netizen mahukan kemunculan semula gandingan Fattzura dalam drama tersebut.

Tak kurang ada juga yang merisik supaya Neelofa “dipulangkan kembali ke pangkuan” Fattah kerana rindukan fenomena mereka dalam drama Suri Hati Mr. Pilot.

Apapun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi untuk drama berkenaan.   




Hakcipta iluminasi.com (2017)