Oleh pada 09 Apr 2017 kategori

Tidak pernah netizen bercerita tentang nasyid seghairah hari ini. Kenapa Inteam tak ada, Rabbani yang sedap tu mana, Raihan kenapa tak masuk Gema Gegar Vaganza (GGV)? Ish, macam macamlah yang ditanya dan dikongsi di media sosial.

Ulasan demi ulasan dapat kau baca tentang GGV yang berlangsung malam tadi. Ada yang positif, ada juga yang negatif. "Menyampah betul tengok Acey ni. Asyik menjerit dari awal sampai habis." Selain itu, "Bienda ni tak ada pakaian lain ke yang sesuai?".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tak cukup dengan itu, ada yang berkomentar, "Punyalah banyak Pencetus Ummah dan Imam Muda yang dihasilkan Astro, kenapa tak jadikan mereka sebagai host program. Ish.. Tak kenalah dengan nasyid. Over sangat yang mengacarakan!"

Itu 2 topik utama yang berlegar. Pakaian peserta perempuan, juga ketidaksesuaian pengacara yang mengendalikan. Bab pemilihan lagu untuk minggu akan datang juga disentuh. "Kenapa lagu macam ni yang diberi? XPDC? Lefthanded? Oh, come on! Tak sesuai langsung dengan imej penyanyi nasyid!"

akhi fairuz

Kawan kawan yang baik hati,

Jika kita nampak yang negatif, negatiflah yang kita dapat. Mari saya ajak kau orang mengimbas kembali di mana nasyid di mata rakyat Malaysia dan pengamal media.

Sebelum ni selalu tak kau orang nak dengar lagu nasyid berkumandang di stesen radio? Yang aku maksudkan stesen besar seperti Era fm, Hot fm dan seangkatan dengannya. IKIM fm terkecuali. Lagu nasyid cuma dapat didengari sebelum dan selepas azan solat. Bahasa mudahnya, ia tak pernah mendapat tempat di hati pendengar. Hanya pelengkap intro azan, dan outro azan sahaja.

Pernah kau dengar pendengar hubungi stesen radio terkenal dan request lagu Sumayyah oleh Hijjaz? Atau carta 40 Era di dalamnya ada lagu nasyid? Lagu yang masuk dalam carta ini adalah hasil vote dari anda semua juga. 

Kau rasa, selepas GGV ini trending sejak semalam, apa yang boleh berlaku dalam industri muzik negara? Di laman youtube, pasti carian lagu lagu penyanyi nasyid ini akan dicari peminat lama dan baru. Stesen radio pula pasti akan menjemput penasyid yang tersingkir untuk ditemubual keesokannya.

Tak cukup dengan itu, PA mereka akan sibuk kembali. Tak menang tangan tuan tuan. Silap silap, penuh jadual show untuk bulan Ramadhan. Tempiasnya akan dapat rakan rakan nasyid mereka yang lain. Alhamdulillah, rezeki mereka.

banyak sumbangan kumpulan raihan kepada industri nasyid dan juga islam

Kau tahu, tahun 2011 merupakan tahun yang menyedihkan bagi industri nasyid negara. Entah macam mana, Anugerah Bintang Popular menggugurkan kategori Penyanyi Nasyid Popular. Kesan dari itu, penyanyi nasyid yang bernaung di bawah Munsyid Malaysia menganjurkan sendiri Anugerah untuk penasyid di Malaysia. Sedih tuan tuan.

Saya mengharapkan GGV ini terus kehadapan. Teruskan memberi cadangan yang positif untuk memperbaiki mutu siri ini. Berilah ruang pengacara untuk memperbaiki kesilapan. Paling penting, berilah peluang kepada industri nasyid berkembang kembali di negara kita. 

Saya harap penggemar nasyid sekalian berlapang dadalah. Selain dari nasyid pun, kadang kadang lagu seperti Alhamdulillah (Too Phat feat Yasin) lebih kita 'rasa' berbanding lagu nasyid sendiri. Setiap lagu dan genre ada kekuatannya sendiri. Penulis lirik sebenarnya sangat puitis dalam penghasilan lagu. Kau tengok sahaja XPDC, walaupun ber-genre rock, tapi lagu mereka sebenarnya menjurus kepada kemanusian, kritikan sosial dan ketuhanan.

Inshaallah, penasyid kita akan menasyidkan lagu dengan baik walaupun lagu asal dari genre rock sekalipun.

Sebelum terlupa, kredit harus diberikan kepada kumpulan Colour Of Voices yang menyerikan awal pembukaan GGV malam tadi. Agak terkilan, pengacara tidak menyebut nama mereka. Akhir kata dari saya, majulah nasyid untuk negara!

Kredit :

1. Akhi Fairuz 

2. Aya Kitchen 

3. MZM.fc




Hakcipta iluminasi.com (2017)