Format album ketika ini sudah tidak lagi popular seperti dahulu dan kebanyakan artis kini lebih gemar melancarkan lagu dalam bentuk single, atas permintaan masyarakat yang beralih citarasa.

Walaupun begitu, mendengar muzik dalam bentuk album sebenarnya memberikan impak kepada pendengar yang lebih tinggi kerana penghayatan sebenar sesebuah karya, bukannya hanya terletak pada satu atau dua lagu hits, tetapi sebenarnya direfleksi melalui karyanya secara keseluruhan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Masihkah relevan jualan muzik berbentuk album di negara kita atau kita akan terus mengekalkan konsep serupa atas desakan kos dan masa? Berikut adalah 5 album paling laris jualannya di Malaysia semasa zaman kemuncak kaset dan CD, satu masa dulu.

5. "Siti Nurhaliza"

siti nurhaliza ii

Album pertama Siti Nurhaliza dengan lagu hit "Aku Cinta Padamu" ini meletup lalu memulakan karier panjang Siti Nurhaliza sebagai ikon muzik tanah air. Terjual sebanyak 350 ribu unit, melayakkan album tersebut memenangi 6 anugerah platinum yang seterusnya menjadikan ramai lelaki tergila-gila nak memetik Siti Nurhaliza sebagai isteri.

4. Iwan "Dang Dang Dut"

ddd 1 a

Malaysia pernah mengalami demam dangdut dan gabungan 3 artis dangdut iaitu Amelina, Iwan dan Sheeda menerusi album Dang Dang Dut menunjukkan irama dangdut sedang berada dikemuncaknya. Terjual sebanyak lebih 350 ribu unit, jumlah pencapaian tersebut yang dicapai dalam irama muzik yang agak niche membuatkan pencapaian tersebut merupakan sesuatu yang tak mudah disangkal.

3. Ukays "Bisa Berbisa"

r 10317877 1495475302 6874

Saari Amri merupakan komposer yang merajai industri muzik menerusi lagu-lagunya yang disampaikan oleh kumpulan Ukays. Dengan lagu hits Di Sana Menanti Di Sini Menunggu yang menjadi runut bunyi jejaka-jejaka yang menghadapi dilema cinta, tak hairanlah album ini mencatat jualan 350 ribu unit dan meletakkan Ukays sebagai kumpulan rock nombor 1 Malaysia.

2. Ella "Ella USA"

r 6706022 1425016326 9324

Mendengar semula album ini secara sepenuhnya, barulah kita menyedari berapa banyak lagu dalam album ini yang masih kekal segar sehingga sekarang. Lagu terbaik dalam album ini sukar nak dikatakan yang mana, berkat sentuhan gabungan komposer Malaysia dan Kyoji Yamamoto dari Jepun yang cukup menjadi. Terjual lebih 360 ribu membuktikan Ella kekal sebagai ratu rock Malaysia.

1. Raihan "Puji-Pujian"

412x2gk805l

Saya masih ingat satu artikel dalam suratkhabar menceritakan tentang sepasang anak beranak berbangsa Cina bukan Islam yang ke kedai kaset untuk membeli kaset kumpulan Raihan ini. Kisah ini diceritakan semula oleh tauke kedai kaset tersebut.

Apabila ditanya kenapa nak beli kaset nasyid, wanita Cina itu menjawab yang selepas hari-hari mendengar lagu-lagu kumpulan Raihan yang popular dalam album itu (ada banyak) dia rasa tertarik nak mendengarnya setiap hari. Terjual lebih 800 ribu unit, sehingga sekarang rekod jualan ini tidak dipotong oleh mana-mana artis negara kita.

Hebat kan industri muzik kita dahulu? Kita ada pendakwah yang merentasi bangsa dan agama, ratu rock, ratu pop, kumpulan rock serta supergroup artis dangdut terhebat Malaysia yang memegang lima teratas jualan album di negara kita.

Adakah format album masih relevan pada zaman ini?

Untuk menjawab soalan itu, bergantunglah kepada corak anda mendengar muzik namun tak dapat dinafikan, kepuasan mendengar seluruh album dari mula sampai habis tidak akan dapat digantikan dengan format lagu-lagu single zaman sekarang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)