Oleh pada 12 May 2017 kategori

6 19u74

Meskipun kucing adalah binatang yang comel dan manja, hakikatnya masih terdapat ramai orang yang takut terhadap kucing. Rasa takut ini bukanlah dibuat-buat, tetapi ianya berlaku tanpa sebarang alasan munasabah. Bahkan pelbagai kes orang yang takut/fobia terhadap kucing ini mengakui mereka panik dan stress sehinggakan ada yang histeria bila berhadapan dengan haiwan ini

Orang yang memiliki phobia terhadap kucing dalam istilah kedoktoran disebut sebagai Ailurophobia. Terdapat ramai tokoh terkenal dalam sejarah yang menderita fobia kucing antaranya  Adolf Hitler, Benito Mussolini, Julius Caesar, dan Napoleon Bonaparte. Seperti halnya kebanyakan fobia, ailurophobia juga biasanya dikaitkan oleh trauma dek kenangan masa lalu yang melibatkan si pengidap dengan kucing. Misalnya pernah dicakar kucing , digigit dan seseorang itu pernah menonton filem yang menakutkan tentang kucing sewaktu mereka kanak-kanak.

Orang yang mengalami fobia kucing, akan menjadi kaku jika kucing ada di depan mereka dan begitu fokus memperhatikan setiap pergerakan haiwan ini meskipun kucing tersebut hanya berjalan,duduk santai dan diam. Namun bagi mereka yang takut akan kucing, perasaan tidak aman akan membelenggu selagi mana haiwan ini berada di sekeliling mereka. Lebih buruk lagi, ada yang melihat seekor kucing seperti seekor harimau. Namun begitu, fobia kucing masih boleh diubati dengan beberapa cara antaranya:

5 19u47

1.Amalkan melihat gambar kucing yang comel di internet setiap hari bagi menimbulkan keselesaan dalam diri anda terhadap haiwan itu. Jika anda merasa jijik dan ketakutan, cuba tarik nafas dalam dan kembali fokus melihat gambar-gambar haiwan tersebut.

3 19u84

2.Menonton video bergerak tentang kucing yang menunjukan tingkah laku mereka. Anda boleh melihat secara berperingkat. Rasakan perasaan anda setelah melihat video itu,apakah anda merasakan intensiti rasa takut itu menurun? Yakinkan diri anda bahawa kucing adalah haiwan yang comel dan manja.

4 19u56

3.Lihat dan amati kucing dari jendela rumah anda. Perhatikan setiap gerak geri mereka. Ini akan menimbulkan rasa selamat dalam diri anda.

2 19u75

4.Bila anda sudah yakin, uji diri anda secara langsung dengan berinteraksi dengan kucing dalam jarak yang lebih dekat. Pastikan riak wajah anda ceria bila cuba berinteraksi dengan kucing. Dan jika anda rasa sudah berjaya mengatasi ketakutan, cuba lakukan interaksi melalui sentuhan dan belaian pada belakang kucing.

1 19u52

5.Salah satu cara mengatasi fobia terhadap kucing yang cukup efektif  adalah dengan menjalani terapi hypnoteraphy. Langkah ini sering diambil oleh kebanyakan orang kerana dianggap paling mudah dan boleh mengatasi ketakutan. Dapatkan nasihat dari terapist agara anda dapat mengawal perasaan takut yang berlebihan

Ulangi langkah-langkah di atas sehingga anda merasakan perubahan sepenuhnya dan bebas dari fobia Kucing.

Walaubagaimanapun, perasaan takut adalah lumrah yang ada pada setiap manusia namun dalam kelas yang berbeza. Sebagai manusia, kita harus tahu bahawa ketakutan kepada ketakutan ialah rasa takut itu sendiri, jadi usahlah takut. Diharap perkongsian ini memberi pengetahuan kepada pembaca.

 


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)