Beberapa minggu lepas, dunia hiburan seluruh dunia dikejutkan dengan kes bunuh diri vokalis utama Linkin Park. Mike Shinoda salah seorang krew utama Linkin Park mengatakan selepas ini mungkin tiada lagi band Linkin Park. Sekiranya anda seorang peminat Linkin Park, mungkin anda boleh melupakan terus niat untuk menghadiri persembahan band ini secara langsung atau menunggu keluaran album terbaru mereka. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kini, Linkin Park adalah sebuah kumpulan muzik yang akan menjadi lagenda dan kenangan oleh peminat muzik dunia. Sebelum mencapai ke tahap kegemilangan mereka, sebenarnya banyak kisah-kisah menarik mengenaik kumpulan ini yang kebanyakan daripada kita tidak tahu. Mari menelusuri beberapa fakta menarik mengenai Linkin Park: 

1. Rakan Sekolah 

mike shinoda 801

Tiga anggota awal Linkin Park iaitu Mike Shinoda, Rob Bourdon dan Brad Deslson merupakan rakan sekolah di Agoura High School, California. Selepas menamatkan pengajian, mereka meneruskan cita-cita mereka dalam dunia muzik dengan menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Xero. Selain itu, mereka turut dianggotai oleh Joe Hahn, Dave “Phoenix” Farrell dan Mark Wakefield. 

Walaupun berjaya mencipta beberapa buah lagu sendiri, mereka kurang bernasib baik apabila tidak ditawarkan kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman. Akibat dengan ketidak tentuan hala tuju kumpulan Xero, vokalis utama mereka Mark Wakefield akhirnya bertindak keluar daripada kumpulan dan diikuti pula oleh Phoenix. 

2. Bertukar-tukar Nama Band 

ahli kumpulan linkin park 684

Pada awal penubuhannya, Linkin Park menggunakan nama Xero. Disebabkan terdapat perubahan daripada keahlian anggota kumpulan ini, mereka kemudiannya menukar nama kepada Hybrid. Banyak perubahan keanggotaan kumpulan ini sebelum mereka akhirnya bersetuju dengan nama Linkin Park. 

Chester Bennington, vokalis utama Linkin Park pada asalnya ingin menggunakan nama Lincoln Park, sempena mengambil nama sebuah taman yang selalu dilaluinya yang terletak di Santa Monica. Malangnya domain Lincoln Park sudah dimiliki oleh pihak lain dan mereka akhirnya bersetuju untuk menggunakan nama Linkin Park sahaja. 

3. Chester Bennington pernah diganggu secara seksual semasa kecil

serangan seksual 775

Vokalis utama Linkin Park Chester Bennington mengalami zaman kanak-kanak yang sukar. Ketika berumur 7 tahun, beliau telah diserang secara seksual oleh rakannya yang lebih berumur daripadanya. Beliau menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan umum kerana takut akan menerima kecaman daripada masyarakat sekitarnya.

Ketika sudah besar beliau telah mendedahkan kisah malangnya itu kepada bapanya namun mengambila keputusan untuk tidak mengambil tindakan apabila mengetahui pelakunya juga merupakan bekas mangsa serangan seksual. Kisah hitam tersebut ditambah dengan masalah perkahwinan ibu bapanya telah menjadikan beliau seorang yang sangat tertekan dengan perasaan. Beliau merasakan seperti mahu membunuh orang dan melarikan diri. Untuk menenangkan diri, beliau banyak melukis dan menulis lirik lagu.

4. Chester Bennington Pernah Bekerja Di Burger King

chester linkin park

Sesetengah artis yang popular tidak lahir dalam kemewahan. Begitu juga Chester. Ketika berumur 11 tahun, ibu bapanya telah bercerai dan beliau terpaksa tinggal dengan bapanya. Akibat tekanan, beliau mengambil dadah dan kuat meminum arak untuk mengurankan tekanan perasaan yang dialaminya itu.

Ketika berumur 17 tahun, beliau tinggal pula dengan ibunya. Ketika itu beliau telah bekerja di Burger KIng untuk menyara hidupnya.

5. Pernah Ditolak Tawaran Oleh Warner Brother

warner brother 342

Bukan sekali, tapi 3 kali pihak Warner Brother menolak untuk menawarkan Linkin Park kontrak rakan bersama mereka. Mereka turut tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman besar yang lain. Walau bagaimanapun pada 1999, mereka telah mendapat tawaran daripada Warner Brother.

Jeff Blue, Penolong Presiden A&R Zomba Music adalah individu yang bertanggungjawab membantu mereka mendapatkan kontrak tersebut.

Sebenarnya banyak lagi kisah jatuh bangun kumpulan Linkin Park ini. Terlalu banyak masalah yang dihadapi sebelum muncul sebagai kumpulan rock popular dunia. Oleh itu, ketahuilah sebelum mencapai apa-apa kejayaan banyak halangan yang perlu dihadapi.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)