Oleh pada 11 May 2017 kategori

lemah tenaga batin 618

Mudah tertewas ketika beraksi dalam gelanggang? Mungkin ini dapat membantu merawat masalah anda.

Kegagalan ereksi atau "Erectile Dysfunction" adalah antara masalah yang menyebabkan kerisauan yang tinggi dalam diri para lelaki. Ia bukanlah satu masalah baru dikalangan lelaki. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah masalah kesihatan, ketidakstabilan emosi atau masalah perhubungan, ubat-ubatan, pengambilan alkohol dan dadah, serta merokok. Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah ini termasuklah ubatan dan pembedahan, tetapi masih ada rawatan yang tidak sampai ke tahap pembedahan, yang boleh membantu masalah ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ph 560 974

Satu kajian daripada saintis Australia yang diterbitkan pada May 2014 dalam The Journal of Sexual Medicine menemui bahawa sesetengah lelaki boleh membantu merawat masalah ini dengan mengubah gaya hidup. Kajian itu juga mencadangkan walaupun mereka yang mengalami masalah ini memerlukan ubatan, ia akan menjadi lebih efektif jika mereka melaksanakan perubahan pada hidup mereka.

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda cara untuk merawat masalah lelaki ini dengan mengubah gaya hidup seharian.

1. Mula bersenam

jogging

Bila sebut bersenam, pasti ramai yang nak putus asa walaupun belum mula. Relax. Anda perlu faham apa itu senaman. Berjalan kaki itu sudah dikira sebagai senaman, apatah lagi jogging atau berenang. Dengan bersenam, ia akan melancarkan perjalanan darah anda, yang amat penting untuk ejakulasi yang padu. Ia juga dapat memperbaiki tekanan darah dengan meningkatkan nitrik oksida dalam salur darah, sebagaimana Viagra berfungsi dalam badan, kata Dr. Zachary Mucher, pakar urologi.

weight training

Senaman menggunakan berat beban atau weight-training dapat membantu penghasilan hormon testosterone secara semula jadi yang menjadi faktor penting dalam mempengaruhi kekuatan ereksi serta nafsu untuk bersama.

2. Kurangkan atau berhenti merokok

merokok

Masalah ejakulasi pra-matang ini mungkin terjadi hasil daripada masalah pembuluh darah (vaskular) yang terjadi apabila bekalan darah ke zakar terhad disebabkan oleh arteri tersumbat atau sempit. Walaupun anda merokok tanpa tembakau juga boleh menyempitkan saluran darah yang penting dan mencetuskan masalah yang sama.

3. Makan diet seimbang

diet seimbang

Menurut Dr. Zachary, masalah ini juga boleh berpunca daripada diet yang tidak seimbang. Risiko untuk mengalami masalah ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan diet yang mengandungi lebih buah-buahan, sayura, bijirin penuh, ikan dan sedikit daging merah. Makanan ini yang mengandungi Zinc yang tinggi adalah penting untuk penghasilan hormon testosterone. Jangan lupa makan lemak-lemak baik seperti badam, salmon, avocado dan minyak zaitun.

obese

Bukan itu sahaja, jika anda mengamalkan diet seimbang, secara tak langsung badan anda akan menjadi lebih fit. Ini sangat penting kerana lelaki yang mempunyai saiz pinggang 42-inci adalah berisiko mengalami masalah ini dua kali ganda daripada lelaki pinggang bersaiz 32-inci. Obesiti juga akan meningkatkan risiko masalah pembuluh dara dan diabetes, dua faktor yang menyumbang kepada masalah erectile dysfunction.

4. Kawal tekanan

tekanan kerja

Dalam hidup yang serba mencabar ini, tekanan daripada kerja atau perhubungan sukar dielakkan. Namun, anda perlu bijak mengawal tekanan. Tekanan pada diri akan menyebabkan badan anda merembeskan hormon kortisol yang menghalang keberkesanan testosteron. Jadi, jika kehidupan seharian anda menyebabkan anda terlalu tertekan, mungkin sudah sampai masanya anda membuat sedikit perubahan dalam hidup anda.

5. Kurangkan pengambilan gula

kurang gula

Selepas anda makan atau minum minuman bergula, ia akan mengurangkan tahap testosteron dalam badan kerana gula menyebabkan pertambahan kadar insulin dalam badan dan merupakan faktor yang menyebabkan kurangnya testosterone.

Menurut USDA, purata pengambilan gula yang diperlukan oleh lelaki adalah sebanyak 9 sudu kecil sehari. Pengambilan gula seharian mempengaruhi masalah ini, jadi kurangkanlah pengambilan mengikut apa yang disyorkan.

Sumber rujukan :

1. Medical Daily

2. Everyday Health

3. Fitness




Hakcipta iluminasi.com (2017)