Oleh pada 13 May 2017 kategori

nabila huda tolak munafik 2 kerana tidak berbaloi

Kredit foto: cinema.com.my 

Menurut pengarah Datuk Yusof Haslam, anaknya Syamsul Yusof sudah menghubungi aktres Nabila Huda untuk tawaran watak dalam filem Munafik 2, namun pelakon itu tidak memberi maklum balas.

Ujar Yusof, dia beranggapan Nabila mungkin rasa tidak berbaloi kerana wataknya hanya melibatkan satu babak sahaja.

Syamsul mahu buat satu babak imbas semula sahaja tetapi dia (Nabila) sibuk. Saya pun tidak tahu sama ada dia sibuk atau berkecil hati. Kami cuba hubungi dia tetapi tidak ada respon. Tak apa mungkin dia sibuk saya rasa. Mungkin muncul satu babak dia pun rasa tidak begitu berbaloi.

Sumber: The Malay Mail Online

Yusof turut menafikan kehadiran pelakon Maya Karin sebagai menggantikan tempat Nabila kerana Maya memegang watak yang berbeza.

Nabila hanya diberikan satu babak imbas semula. Watak dia sudah mati dahulu. Nabila dalam Munafik 2 memang tidak ada. Kalau ada pun sebagai artis jemputan untuk babak imbas semula. Ia tidak menjadi isu.

Sumber: The Malay Mail Online

Menyentuh tentang keistimewaan Munafik 2, Yusof mendedahkan filem tersebut menelan bajet yang lebih besar berbanding filem sebelumnya.

Munafik 2 turut mengangkat isu-isu terkini seperti ajaran sesat dan pembunuhan sesama Islam, menjadikan jalan penceritaannya lebih kuat daripada yang terdahulu.

Berdasarkan skrip, sinematografi, barisan pelakon, lokasi dan kandungan ceritanya, kali ini saya rasa Munafik 2 lebih baik. Filem kali ini lebih besar kerana penggambarannya dilakukan di dalam gua dan masa penggambarannya pun panjang. Kos filem ini melebihi daripada filem pertama. Kami belanjakan RM2.5 juta. Filem pertama RM1.9 juta sahaja. Ini bukan sahaja filem hiburan tetapi ada kandungan Islamik mendidik dan memberikan mesej yang mendalam pada masyarakat.

Sumber: The Malay Mail Online


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)