Oleh pada 03 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Baru empat hari ditayangkan, filem Munafik 2 terus mencipta rekod baru apabila mencatat kutipan sebanyak RM21.6 juta!

Karya arahan Syamsul Yusof itu sekaligus menjadi filem tempatan dengan pungutan tertinggi dalam sejarah untuk tempoh empat hari.

cipta rekod lagi 4 hari tayangan ini pula kutipan terkini munafik 2 2 430

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Sesetengah pihak mengatakan ia bakal menjadi titik awal kepada fenomena kebangkitan filem-filem Melayu di pawagam.

Munafik 2 dibintangi nama-nama terkemuka seperti Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Rahim Razali, Mawi dan pelakon Indonesia, Weni Panca.

Terdahulu, filem terbitan Skop Productions dan President Production ini turut merekod sejarah kutipan tayangan awal tertinggi selepas berjaya memungut RM2.05 juta, sekaligus meleburkan rekod dicipta filem komedi seram, Hantu Kak Limah.

Naskhah seram ini mula ditayangkan sejak 30 Ogos lalu, juga 'menghantui' pawagam di Brunei dan Singapura.




Hakcipta iluminasi.com (2017)