Oleh pada 30 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof mencatat sejarah tersendiri dalam industri perfileman negara apabila dilaporkan meraih kutipan sebanyak RM2.05 juta untuk tayangan awal (sneak preview) yang berlangsung semalam.

Ia sekaligus meleburkan rekod filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini memegang jumlah kutipan tayangan awal paling tinggi bagi filem tempatan iaitu sebanyak RM650,000.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam mengesahkan pungutan itu yang merupakan hasil daripada tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

kutipan tayangan awal filem munafik 2 lebur rekod hantu kak limah ini jumlahnya 2

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Terbitan Skop Productions dan President Productions, Munafik 2 dibintangi barisan pelakon handalan, antaranya Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali. Mawi dan Fauzi Nawawi.

Terdahulu, Munafik pertama pada tahun 2016 menghasilkan pungutan keseluruhan sebanyak RM17 juta.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)